VIDEO
DOKUMENTARI TOK KENALI
Kelantan
ialah sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan
perkampungan nelayan.Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota
Bharu (Ibu Negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli,
Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa.
Kelantan
merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang
dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya,
Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu
Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu
Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan
Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan
British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan
kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara),
Patani dan Songkla(Senggora) .
Di
bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan
Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani
di bawah Thailand.
Oleh
yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat
dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam
menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan
seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir
Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi
oleh budaya Hindu.
Kelantan
juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di
negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali
sebagai budu.
Berdasarkan
pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk.
Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina
3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut,
95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2%
dan lain-lain agama 0.2%
Negeri
Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan
turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat
akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan
yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan
Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang
25 °C.
Sejarah Negeri kelantan
Nama
"Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam
hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang
mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau
"kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama
Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan
serambi mekah pada masa dahulu.
Sejarah
awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan
petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan
dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja
Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran
Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah
pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.
Pada
1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka
pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan
ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah
Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan
kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan
wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu
putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan
dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan
kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja
Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812,
baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti
Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada
negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu
kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di
selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada
seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat
Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu
daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan
merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya
pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal
oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali
kepada pemerintahan British.
Kelantan
menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan
bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada
16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang
membentuk Persekutuan Malaysia.
GOOD
BalasPadambest
BalasPadamgood
BalasPadam