Khamis, 6 Oktober 2011

203662 Lisawati Binti Sabtu



Topik:         KUALA SELANGOR " INDAH DAN BERSEJARAH"








Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia. 
PEMANDANGAN YANG DAPAT DILIHAT DARI PUNCAK BUKIT MELAWATI.








Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.  Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.  Bukit yang indah ini  merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .  Bukit Melawati merupakan kawasan bersejarah utama di Kuala Selangor dengan sejarah yang tersimpan sejak zaman penjajahan lagi. Menurut sejarah, Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat yang  juga terletak di Selangor.
Bukit Melawati ini memiliki pelbagai tempat sejarah yang istimewa disertai dengan kisahnya yang tersendiri.  Di atas Bukit Melawati terdapat  kawasan kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor, Rumah Api, beberapa buah meriam  lama, Menara Tinjau, Makam Sultan dan kerabat diraja, Batu Pancung, Batu Hampar, perigi dan banyak juga lotong yang dapat dilihat di kawasan Bukit Melawati ini. 

Tarikan utama  di Kuala Selangor ini juga ialah kereta api yang mengelilingi kawasan sekitar Bukit Melawati kerana boleh dikatakan hanya tempat ini yang menyediakan perkhidmatan kereta api buat masa sekarang. Untuk ke puncak Bukit Melawati, pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri dari hari Isnin hingga Jumaat. Bagaimanapun, Sabtu, Ahad dan cuti umum, pengunjung perlu menaiki tren (kereta api )berdekatan masjid lama Kuala Selangor dengan harga RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak).Kawasan ini menjadi tumpuan utama para pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Penduduk tempatan juga harus bersaing dengan orang luar untuk menaiki kereta api  ini lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan cuti umum. Pelancong terpaksa beratur menunggu giliran yang panjang untuk menaiki kereta api ini. 

PERKHIDMATAN KERETA API YANG MENJADI TARIKAN UTAMA PELANCONG. MEREKA AKAN DIBAWA MENAIKI KERETA API INI UNTUK SAMPAI KE PUNCAK BUKIT DAN TAMAN ALAM KUALA SELANGOR.

Di bahagian bawah pula terdapat  Perigi Beracun yang mempunyai sejarah yang sangat misteri dan menarik kami semua,  Masjid Kuala Selangor, Taman Alam Kuala Selangor , bandar Kuala Selangor,  pangkalan  nelayan Permatang dan jeti istirahat Kuala Selangor. PEMANDANGAN indah alam semula jadi dan laut Selat Melaka yang disajikan cukup mendamaikan jiwa. Sejarah silamnya memberi 1,001 kisah cukup menarik sekali gus memberikan pengetahuan penuh bermakna. Justeru, bagi yang mencari destinasi percutian keluarga dan bersejarah, Bukit Melawati, Kuala Selangor menanti anda dan sangat sesuai. 

KAWASAN PERKAMPUNGAN NELAYAN PASIR PENAMBANG YANG DAPAT DILIHAT DARI PUNCAK BUKIT MELAWATI.




Mengikut sejarah, Bukit Melawati dulunya kubu pertahanan Kesultanan Selangor untuk memantau pergerakan kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor. Kota itu ditakluki Belanda pada 1784 selepas menewaskan Portugis dan memusnahkan kota lama dengan membina istana Eropah, Fort Altingberg sempena nama komander mereka, Gabenor Alting. Namun, kota itu musnah selepas tercetusnya Perang Saudara Selangor (1867-1873) dalam perebutan bijih timah. Berkunjung ke Bukit Melawati, selain terpukau dengan panorama yang indah, pengunjung berpeluang menghayati seni bina Kubu Melawati pada era pemerintahan Sultan Ibrahim. Di atas dan sekeliling bukit itu masih ada meriam purba yang pernah digunakan menghadapi serangan tentera penjajah. Menariknya, setiap meriam di situ mempunyai cerita tersendiri.








 

            Benteng atau kota yang digunakan dalam peperangan juga masih pada tempatnya selain Batu Hampar yang dijadikan legenda masyarakat Melayu. Berada di puncak Bukit Melawati, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan delta Kuala Selangor, kawasan hutan paya bakau dan Selat Melaka yang memukau. Hutan bakau  itu adalah sebahagian daripada kira-kira 198 hektar Taman Semulajadi Kuala Selangor tempat berkumpul lebih 160 spesies burung. Di puncak Bukit Melawati juga ada rumah api yang masih berfungsi serta beberapa rumah kolonial British yang masih terpelihara. 





Anda boleh melawat Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang memaparkan pelbagai tinggalan sejarah. Ia asalnya kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Muzium itu menghimpunkan segala sejarah berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran awal Selangor selain menyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan Raja Lumut (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766.
Sambil bersiar-siar mengambil gambar di sudut-sudut menarik terutama pokok yang berusia ratusan tahun itu, jangan terkejut jika beberapa ekor monyet ´Silver-Leafed´ dan ´Macaques´ berekor panjang mendekati anda.  Anak monyet Silver-Leafed memiliki bulu berwarna keemasan manakala yang dewasa berwarna kelabu gelap. Namun, monyet spesies Macaques berekor panjang dan agak buas. Pengunjung gemar memberi makan kacang panjang, pisang atau  roti. Aksi monyet dan pengunjung yang dikerumuni monyet memang mencuit hati. Ia sekali gus menjadikan percutian ke Bukit Melawati lebih bermakna terutama kanak-kanak.




Kawasan sekitar Bukit Melawati  kini telah mengalami perkembangan pesat dari semasa ke semasa.  Taman Alam Kuala Selangor terkenal dengan keindahan alam semulajadi kawasan persinggahan migrasi dan burung-burung tempatan serta haiwan lain di Kuala Selangor.


 
Perkampungan  nelayan Kuala Selangor yang terkenal dengan restoran makanan laut yang murah yang terletak di Pasir Penambang Kuala Selangor selain membekalkan ikan segar dari laut dengan harga yang berpatutan dan dianggap murah oleh pelancong dari luar Kuala Selangor. Ikan dan makanan laut yang sangat segar  di pasar tersebut. 
 

Seterusnya ialah Pantai Remis yang terletak di Jeram.  Pesisiran pantai dalam keadaan yang bersih berhampiran dengan Pantai Indah  Resort, kedai-kedai yang menjual  makanan dan barang-barang cenderahati yang dibuka pada hujung minggu  dan cuti awam . Bersiar-siar di sepanjang pantai dan  mengutip remis atau kumpulan makanan laut yang lain seperti kerang atau aktiviti lain. 



Kawasan Hutan  Bakau di sekitar Pantai Indah Resort sangat indah dengan pokok-pokok paya bakau, seronok untuk mengutip kerang, anak udang, ikan, ketam dan lain-lain. Hutan bakau  itu adalah sebahagian daripada kira-kira 198 hektar Taman Semulajadi Kuala Selangor tempat berkumpul lebih 160 spesies burung.




Sawah padi di Sekinchan  pula sangat terkenal dengan sawah  padi yang kaya dan  sangat  indah. Hayati keindahan panorama kawasan sawah padi tersebut di bawah.








 

Perkampungan  lama nelayan Tanjung Karang pula menjual makanan segar atau makanan laut dengan harga yang murah  dan selalunya dijual secara borong.  





Kelip-kelip Kampung Kuantan   pula memiliki Kawasan Perlindungan Kelip-Kelip yang sangat terkenal kerana kelip-kelip hampir pupus dan hanya terdapat di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Saksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor. Kampung ini sangat terkenal dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda akan menemui jawapan.
JETI KAMPUNG KUANTAN DIMANA PENGUNJUNG AKAN DIBAWA MENGELILINGI SUNGAI DAN MELIHAT KELIP-KELIP DI SEPANJANG JALAN PADA WAKTU MALAM.







RUJUKAN:

http://www.travelific.my/travelstry_full.php?sid=647
http://mobile.selangor.gov.my/tempat_bersejarah.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Melawati
http://www.backpackingmalaysia.com/things-to-do/kuala_selangor_fireflies/kuala-lumpur
http://www.sabrizain.org/malaya/sgor5.htm

http://malaysiannews.info/2011/05/sekinchan-paddy-field-photos.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan