1.0 Pendahaluan
keluarga memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan seseorang dari kecil hingga seseorang itu boleh mencapai usia matang atau dewasa. Institusi keluaraga akan membentuk jiwa seseorang tersebut secara lansung dalam diri mereka. Bak kata perpatah orang tua "kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasik" dimana anak-anak yang dipertontonkan oleh masyarakat itu lah hakikat sebenar kehidupan ibubapa mereka. Oleh itu institusi keluarga ini amat penting kerana dapat membantu individu untuk berdikari dan matang sekali gus melahirkan masyarakat yang berdaya maju untuk negara. Coleman dan Cressey (1993) mentakrifkan keluarga sebagai sekumpulan orang yang wujud kerana perkahwinan, keturunan atau diangkat dan hidup bersama. Mahmood Zuhdi (1997) menyatakan keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu, anak yang di antara mereka wujud pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan. Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat pandangan Barat dan Islam. Swift D.F di dalam bukunya “ Sociology of Education” menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
2.0 Masalah
Dalam dunia globalisasi ini banyak rintangan dan masalah yang melanda institusi keluarga ini menyebabkan ramai remaja pada masa ini hilang tujuan dalam hidup mereka. Mereka mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang akhirnya mendatangkan masalah kepada mereka,keluarga dan sekaligus mencemarkan nama negara. Masalah sosial yang melibatkan remaja boleh disumbatkan dalam satu bakul yang saiznya sangat fleksibel. Sebut sahaja apa masalahnya, semuanya boleh dibakulkan. Delikuensi remaja, penagihan dadah, jenayah, gengsterisme, ponteng sekolah, merokok, seks bebas, bohsia, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, buli, rogol, menghidu gam, sumbang mahram, lepak, bertumbuk, melanggar undang-undang jalan raya, malas dan leka dengan hiburan, senarai ini akan berterusan hingga entah sampai bila kesudahannya.
Dalam komuniti saya pada masa ini masalah ini semakin membimbangkan pelbagai pihak. keruntuhan institusi ini semakin ketara terutamanya yang berada dikampung kerana saya adalah salah seorang masyarakat kampung. Keadaan ini telah semakin tidak terkawal kerana masyarakat desa atau kampung semakin kurang mendapat pendedahan akan kesan dan akibat yang akan ditanggung jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera. Banyak golongan muda pada masa ini yang menanggung kesan dan akibat hasil dari keruntuhan institusi keluarga yang dianggap penting dalam mencorakkan kehidupan golongan muda.Seriusnya masalah remaja hari ini boleh diibaratkan seperti kayu yang nampak cantik di luar tetapi berlubang di dalam, tidak kukuh dan boleh rosak bila-bila masa. Kekuatan dalaman tidak ada. Banyak sogokan untuk melakukan itu dan ini apabila mencapai peringkat-peringkat hidup tertentu. Majalah dan filem sering mengasak pemikiran remaja untuk bertindak melakukan sesuatu apabila sampai peringkat remaja dengan “Hari Valentine,” harus ada teman lelaki atau wanita kerana jika belum ada akan dianggap sebagai ketinggalan zaman. Sogokan dengan muzik dan pesta menjadikan remaja hidup untuk berseronok tanpa memikirkan apa yang sepatutnya dibuat ketika ini. Akhirnya remaja berkembang dengan kekeliruan dan tidak tahu peranan sebenarnya.
3.0 langkah mengatasi
Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai pengukuh jati diri di dalam program pembangunan tidak lagi boleh dibuat dalam bentuk kursus dan latihan bagi tempoh yang pendek, sebaliknya menggunakan pendekatan terapeutik iaitu “remaja cemerlang membiakkan remaja cemerlang” supaya kesedaran, iltizam dan kepuasan untuk berubah benar-benar menjadi kenyataan dan bukan bersifat retorik. Konsep mendidik yang realistik ialah umur kurang dari tujuh tahun, anak-anak dimanjakan, sehingga 14 tahun dianggap kawan dan sehingga 21 tahun perlu dipandu arah tuju hidup mereka.
Sesebuah keluarga harus mempunyai sikap tertentu. Hala tuju keluarga ditentukan oleh sikap yang mereka miliki. Justeru, sikap yang ada menentukan hala tuju keluarga pada masa depan. Sikap juga menentukan budaya keluarga yang wujud daripada latar belakang, pendidikan, corak asuhan dan suasana dibesarkan. Proses pembentukan sikap bermula dengan memikirkan isu-isu utama keluarga yang mesti diberi perhatian. Cara gaya berfikir dapat menjadi imej keluarga untuk menentukan arah tuju yang dikehendaki. Berfikir menjadikan keinginan atau minat menjadi lebih mantap serta menggerakkan tingkah laku ke arah matlamat yang diingini.Perubahan tidak dapat dipisahkan daripada elemen pendidikan. Mendidik ahli keluarga tidak boleh dibuat sambil lewa kerana hanya dengan kesungguhan dan cita-cita dapat melahirkan “keluarga sejahtera.”
4.0 Kesimpulan
kesimpulan yang dapat diambil ialah dalam melahirkan generasi yang berpotensi untuk membangunkan negara,institusi keluarga dan pendidikan hendaklah memainkan peranan yang penting supaya generasi yang dibentuk dapat mendatang manfaat kepada negara bukannya menyusahkan negara.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam91% TERMASUK
BalasPadamPENGARANG SENDIRI BUKAN 90% ...
91% TERMASUK
BalasPadamPENGARANG SENDIRI BUKAN 90% .
91% TERMASUK
BalasPadamPENGARANG SENDIRI BUKAN 90% .
91% TERMASUK
BalasPadamPENGARANG SENDIRI BUKAN 90% .