ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU DI
KELANTAN
Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli.Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adat resamnya yang tersendiri. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat melayu di Kelantan memang tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup masyarakat melayu di kelantan..
DEFINISI ADAT DAN BUDAYA
Adat secara umumnya
didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala
perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan
dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun
dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah
konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan
tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat
bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat
dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding
dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu
bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini
terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya
itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya
yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap
iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya
moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia
jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh
berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat
dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata
perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu di Kelantan banyak dipengaruhi
oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur
Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu
- Adat resam kelahiran
- Adat resam perkahwinan
- Adat resam kematian
Pengenalan
Anak atau
zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing,
justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini,
masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak
turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas
lahir.
- Sewaktu Mengandung
Ø Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
- Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
- Segantang beras
- Sebiji kelapa
- Beberapa urat benang mentah
- Damar
- Minyak kelapa atau minyak urut
- Lilin
- Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25 Pada permulaannya bidan akan membacakan
jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya
dan beras kunyit ditabur. Seterusnya
adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di
kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.
Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat
seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi
dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi
bersalin.
Setelah
membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan
akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas
sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain
tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak
kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya
perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali.
Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas,
anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya
bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil
itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta
dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat
akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian
baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
- Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin,
persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya
kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya
tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri
akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat
tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan
gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu
dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
- Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
- Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah
telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk
bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya
lebih merupakan amalan berunsur
- Membelah Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
- Berpantang
Dalam masyarakat Melayu di kelantan, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa
adat tertentu yang dijalankan.
Ø Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk
adat cuci lantai.
·
Nasi kunyit dan lauk-lauk
·
Seekor ayam hidup
·
Paku, buah keras, asam, garam dan
sirih pinang
·
Hadiah untuk bidan sepersalinan
pakaian
Kenduri
doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan
kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan
dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu,
si ibu
dan si bayi akan dimandikan, diurut
dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta
sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Ø Memberi
Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Ø Cukur
Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut
beberapa kelengkapan disediakan.
·
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk
atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
·
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian
kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya
dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di
dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan
rantai emas atau perak di kelillingnya.
·
hadirin
lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras
kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit
rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang
menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu
tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan
acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai
kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur
sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua
rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut
di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya
sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.umah.
·
Lazimnya,
semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak
dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan
seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang
anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat
tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah
juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor
kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah
sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat
dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan
adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada
hari yang lain.
Ø Naik Buai
·
Adat
ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu di kelantan hari ini. Upacara ini dilangsungkan
dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru
mendapat anak atau cucu sulung Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan
diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias
indah dengan bunga-bungaan.Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan
ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau
marhaban akandialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga
telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini,
masyarakat Melayu di Kelantan menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama dan adat cukur rambut.
Ø Jejak Tanah/Turun Tanah
·
Di
kelantan, adat ini dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang
baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk
memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan
secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi
cara mahupun barangan yang digunakan.
·
Lazimnya
kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri
selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan
berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis
barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam
dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak,
kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang
diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih
barang tersebut.Menurut kepercayaan, adat ini dilakukan untuk meramal masa
depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika
kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat
kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan
memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi,
beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Ø Bersunat / Berkhatan
- Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
- Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
- Perkahwinan
-Perkahwinan dalam masyarakat Melayu di Kelantan mempunyai banyak persamaan
dengan adat perkahwinan masyarakat
melayu di Sarawak. Ia merangkumi adat merasi, merisik dan majlis
perkahwinan.
- Sebelum Perkahwinan
Ø Merasi
- Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.
- Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.
Ø Ngangin
-Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.
-Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.
Ø Bertekul(Merisik)
-Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya).
-Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya).
Ø Bertunang
-Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.
-Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.
- Semasa Perkahwinan
Nikah
(A) Persediaan
Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin.
Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin.
Dalam masyarakat Melayu Kelantan ,
upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan
bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi
temuan.
Bergendang adalah acara keraian
secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam. Majlis
akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum bersanding. Apabila akad nikah
telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah telah menjadi isteri kepada
lelaki tersebut.
(B) Jenis-jenis nikah
Nikah benar
Perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.
Nikah benar
Perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.
Nikah salah
Berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan sederhana.
Berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan sederhana.
Nyerah diri
Berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.
Berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.
Ngekot
Berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya.
Berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya.
- Majlis Perkahwinan/Persandingan
Ø Pada
waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan,
upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga
adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini
dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau
tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi
perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.
Ø Sebelum
majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh
mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang
melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri
pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai
adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera
bertekat benang emas dan Gajah Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan
persalinan seperti seorang pahlawan
Ø Sebelum
rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin
perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang
dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah
pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak
perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.
Ø Pengantin
lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan
membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah .
Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara
pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.Pengantin lelaki akan dibawa
masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti
di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara
berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin
perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat
berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa
selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai . Tepung tawar
dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan
upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.
·
Pada sebelah petang atau malam, makan nasi
temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga
dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini
dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
- Selepas Perkahwinan
·
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis
perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin
perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam
majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan
seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya
kerana mendapat menantu perempuan yang baru
Pengenalan
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan
dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya
beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu
kifayah.
- Semasa Kematian
·
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang
perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di
masjid oleh tok imam.
·
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah
rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan
kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas
tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat
suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat
bara dan kemenyan akan dibakar.
·
Semasa mayat masih berada di dalam rumah,
sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan
secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi
mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang
mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling
baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
·
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara
membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu
dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis
beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.
Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
·
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam
keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan
memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah
berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya
mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan
ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda
diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah
keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun
adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada
hari ini.
- Semasa Pengebumian
Ø Selepas itu jenazah akan dimasukkan
ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.Kaum lelaki digalakkan
menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan
kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang
berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.Sebelum
ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka
papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di
kepala.
Ø Kepala
mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan
di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu
nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas
kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok
imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si
mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur
Ø
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh
keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya
adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada
juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si
mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara
tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
Betul ke di kelantan ada merasi dan bertekul? kenapa saya jumpa blog yang lain sama isinya dengan blog ini? blog itu beritahu tentang perkahwinan melayu di sarawak? tapi adakah di kelantan juga menggunakan istilah merasi dan bertekul? dan perkataan2 lain yang saya tidak pernah tahu. saya inginkan pencerahan. Terima kasih
BalasPadam