Adat dan Masalah
yang Berlaku di Kawasan Tumpat
Antara adat yang terdapat di kawasan Tumpat ini adalah adat semasa di
dalam majlis perkahwinan. Semasa majlis perkahwinan ini, sanak saudara dan juga
jiran-jiran yang berhampiran akan bersama-sama menolong dan bergotong-royong
antara satu sama lain di dalam majlis perkahwinan ini bagi berjalan dengan
lancar dan sempurna. Tolong-menolong yang dilakukan ini merupakan keturunan
nenek moyang mereka yang telah diwarisi dan dilakukan sehingga ke hari ini.
Mereka akan bersama-sama penyediakan keperluan pengantin dan juga menyediakan
makanan kepada para tetamu yang hadir di dalam majlis perkahwinan ini. Kepada
pengantin pula, mereka akan memakai inai di jari mereka ini sebagai tanda
perkahwinan mereka di samping untuk menyerikan pengantin. Di dalam majlis
perkahwinan ini juga turut diadakan pencat silat yang dilakukan oleh
penduduk kampung ini sendiri yang mempunyai sedikit sebanyak tentang ilmu
persilatan. Pencat silat yang dilakukan ini bukan sahaja akan menyerikan lagi
majlis perkahwinan, malahan juga akan dapat memperkenalkan kepada para tetamu
khususnya kepada golongan yang muda yang merupakan warisan Melayu
.
.
Selain itu juga, budaya yang terdapat di kawasan Tumpat ini juga adalah
di dalam mengadakan pertandingan wau. Pertandingan Wau Antarabangsa ini di
adakan di Pantai Genting iaitu bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh yang
merupakan tempat yang popular di negeri Kelantan ini. pesta wau ini diadakan
dalam sekali setahun dan terdiri daripada pelbagai jenis dan corak wau. Para
peserta yang memasuki di dalam pertandingan wau ini terdiri daripada pelbagai
peserta antarabangsa dan juga penduduk tempatan seperti dari negara Brunei,
England, Perancis, Australia, Jepun dan juga Thailand. Pesta wau ini bukan
sahaja dapat memperkenalkan jenis wau kepada generasi muda, malahan akan dapat mengukuhkan
lagi permainan ini agar dapat dimainkan di masa akan datang tanpa dilupakan.
Adat yang seterusnya adalah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamah ke
telinga bayi. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut bayi sehingga menjadi botak.
Adat mencukur ini biasanya diadakan pada-hari ganjil seperti hari ketiga,
ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur ini adalah untuk membuang rambut
asal bayi yang dianggap kotor yang bersesuaian dengan ajaran Islam yang
mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan. Adat bercukur ini bukan sahaja
dituruti oleh para penduduk di kawasan ini, tetapi juga akan dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturrahim antara saudara mara.
Adat yang seterusnya adalah adat memuja semangat atau dikenali
sebagai ulek mayang. Adat ini biasanya dilakukan oleh seorang bomoh kepada
pesakit yang mempunyai lemah semangat dan tidak sedarkan diri. Semasa di dalam
upacara ini, bomoh ini akan membaca ayat-ayat mentera dan jampi kepada pesakit
sambil membuat tarian agar dapat memulihkan semangat kepada pesakit. Upacara
ini biasanya telah dihadiri oleh penduduk yang ramai yang ingin menyaksikan
upacara ini tanpa mengira golongan tua dan juga golongan yang muda.
Antara masalah yang berlaku di kawasan Tumpat ini adalah masalah lumba
haram yang dilakukan oleh anak-anak muda. Biasanya aktiviti lumba haram ini
dilakukan pada waktu tengah malam. Anak-anak muda ini mungkin terpengaruh
dengan rakan sebaya mereka di samping ingin menunjukkkan kehebatan mereka
tersendiri. Mereka memilih pada waktu malam adalah disebabkan pada waktu itu
keadaan jalan raya yang tidak sibuk tanpa laluan banyak kenderaan yang akan
mengganggu penduduk kampung di kawasan ini. Selain itu juga, mereka juga
terjebak dengan aktiviti lumba haram disebabkan kurangnya kawalan daripada
pihak keluarga atau disisihkan daripada keluarga mereka yang menyebabkan mereka
terlibat dalam aktiviti ini untuk melepaskan tekanan kehidupan yang dialami
oleh mereka.
Masalah yang seterusnya adalah kegiatan kecurian. Kejadian kecurian ini
semakin kerap melanda dan menjadi kebimbangan kepada para penduduk kampung.
Antara jenis kecurian yang berlaku ini adalah kecurian motosikal dan juga kabel
elektrik. Kecurian yang berlaku ini bukan sahaja merugikan kepada mangsa,
tetapi juga akan mewujudkan kebimbangan kepada para penduduk kerana keamanan
mereka telah tergugat. Kejadian kecuriaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh
pencuri ini mempunyai masalah kewangan di samping tidak mempunyai kerja tetap
yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan kehidupan mereka ini dengan
sempurna. Biasanya kejadian kecurian ini dilakukan pada waktu malam iaitu
semasa para penduduk kampung sedang tidur di samping pada waktu malam pula
adalah bebas daripada pandangan orang ramai. Sebagai jalan mudah, mereka akan
melakukan gejala kecurian ini dengan mencuri benda-benda yang berharga untuk
menampung kos kehidupan mereka sehariaan.
Kesimpulannya, di kawasan Tumpat mempunyai pelbagai
adat-adat yang telah diwarisi oleh nenek moyang dan orang-orang dahulu lagi
yang dilakukan sehingga ke hari ini. Adat yang baik perlulah dijaga dengan
sebaik mungkin tanpa melupakannnya manakala adat yang tidak memberikan sebarang
kebaikan kepada para penduduk perlulah dielakkan dan dilupakan. Selain itu
juga, pihak keselamatan kampung (JKKK) dan juga pihak berkuasa tempatan
perlulah bersama-sama membanteras masalah yang berlaku di kawasan Tumpat ini
agar para penduduk berada dalam keadaan selesa dan aman damai.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan