Khamis, 6 Oktober 2011

197793 Siti Fatimah Binti Hussain



SEJARAH  PENUBUHAN  INSTITUSI  PENDIDIKAN  MADRASAH  DINIAH  BAKRIAH @
pondok pasir tumbuh







PENGENALAN 
            Zaman  dahulu  lagi  Agama  Islam  telah  disebarkan  oleh  ulama  - ulama    yang  berpengalaman  dalam  Agama  Islam,  Hukum Akal  Islam.  Mereka  ini  mempunyai  banyak  ilmu  didada  dan  bertanggungjawab  untuk  menyebarkan  kepada  masyarakat yang  tidak  tahu  tentang  Agama  Islam.  Mereka  yang  bukan  beragaam  Islam  boleh  memeluk  Islam  dan  mengdalami  Ilmu  Agama  Islam  dengan   Ulamak  yang  tahu  tentnag  Agama Islam.  Agama  Islam  telah  muncul  sejak  zaman  Nabi- Nabi  dan  Rusul – Rusul  dari  dahulu  lagi,  Nabi  Muhammad  S.W.A  merupakan  Nabi  yang  terakhir  menyebarkan  Ilmu  Agama  Islam  dan  sekarang  telah  disebarkan  kepada  sahabat  -sahabat  baginda.   Di  negeri  Kelantan  terdapat  banyak  “Pondok  atau  Madrasah”  tempat  ulama   untuk  menyebarkan  Agama  Islam  tempat  untuk  masyarakat mempelajari  lebih  mendalam  lagi  Ilmu  Agama  Islam.  Tempat  yang  saya  pilih  untuk  menceritakan  tentang  institusi  pendidikan  Agama  Islam  iaitu  Pondok ini dinamakan Madrasah Diniah Bakriah  atau  Pondok  Pasir  Tumbuh  terletak  di  negeri  Kelantan.  
Madrasah  atau  pondok  adalah  tempat  yang  sama  kami  orang  Kelantan  akan  memanggil  sebagai  Pondok  manakala  orang  luar  akan  memanggil  sebagai   Madrasah  tempat  untuk  mempelajari  Ilmu  Agama  Islam.  Madrasah  ini  telah   diasaskan pada  tahun  1954M   oleh   dua  orang  adik – beradik  iaitu  Al- Marhum  Tuan  Guru  Hj. Mustafa  bin Abu  Bakar  dan  adiknya  Al- Marhum  Tuan  Guru  Hj. Abdul  Aziz  bin  Hj. Abu  Bakar  pada (1923M – 19897M).  Pada  peringkat  awal  penubuhan  pondok  ini mempunyai,  bilangan  pelajar  (lelaki)  hanya 50  orang  sahaja.  Pengajian  dijalankan di sebuah  madrasah  kayu  yang  berukuran  40x30  kaki  sahaja.  Jumlah  pelajar  tidak  ramai  berbanding  dengan  masa  sekarang  jumlah  pelajar  ramai  yang  datang   daripada   serata  negeri ke   Pondok  Pasir  Tumbuh  ini  untuk  mempelajari   Ilmu  Agama.   Dengan   adanya  ramai  ulama  Agama  Islam   boleh  disebarkan    lagi   ke semua  tempat  di  dalam  Negara  dan   luar  Negara.
BIODATA TOKOH  pengasas  pondok  pasir   tumbuh
Nama            :     Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir :     Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir :       1923M
Pendidikan :
 1.
Belajar di Darul Ulum ad-Dinia, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
 2.
Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942.
 3.
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Haj. Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940.
 4.
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun.
 5.
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj. Mustafa dan Tuan Guru Hj.Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Kehilangan  al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim dirasai pelbagai lapisan masyarakat


Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Paduka Hj Hashim b Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada 1.10 petang 1 Syawal lalu.Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh.
Walau pun sibuk dengan sambutan hari raya namun tidak menghalang lebih 2,000 warga pondok, penduduk tempatan dan orang ramai dari dalam dan luar Kelantan menunaikan solat ke atas jenazahnya. Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan Muhammad ke-V,  Tengku Mahkota Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Exco kerajaan negeri.
Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dalam kawasan pondok terbabit.
Setiausaha PPPB, Hj Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.
“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.
“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.
Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.
Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah berkata, warga pondok dan orang ramai benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi kerana beliau bukan sahaja menjadi rujukan dalam bidang agama malah perubatan Islam termasuk ketika beliau dalam keadaan uzur.
Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.
“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir sehingga sekarang.
”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.
Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).
Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.
Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.
Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya al-Marhumah Hajah Rodhiah meninggal dunia pada Januari lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.
“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama. Malah beliau sering menjadi imam solat hajat yang biasa diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semasa beliau masih sihat ketika isu-isu besar berlaku,” ujarnya

-          Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Perkhidmatan     :  Tuan  Guru  Hj. Hashim b. Hj. Abu  Bakar
1.  Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2.  Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3.   Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4.  Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010
5.   Meninggal dunia  pada  tahun  2011
6.  Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M  pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam  Pondok  Pasir  Tumboh  pada jam 6.30  petang   al-Fatihah
   LOKASI  
              Pondok atau Madrasah ia terletak kira-kira 11km dari Bandar Kota Bharu Kelantan. Ke kawasan Bandar  1 km sahaja dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh- Bachok  dan  kawasan  yang  berdekatan  dengan  perumahan  Desa  Darulnaim dan  juga   sekolah  MRSM Pasir Tumboh. Mereka  yang  ingin  mencari  ini  tempat  tidak  sukar  kerana  tempat   Pondok Pasir  Tumbuh   ini  terletak  ditepi  jalan  sahaja.  Mudah  untuk  mereka   mencarinya.  Pondok  ini  bukan  terletak  dikawasan  pedalaman  pum.  Mereka  dari  Kelantan  akan  menyatakan  pondok  ini  berada  dikawasan  kampung atau  pedalaman.
MATLAMAT  PENUBUHAN  MADRASAH  DARIAH  BAKRIA
     Matlamat  utama  penubuhan  Madrasah  ini  kerana  ingin  menjadiakn  Pondok  sebagai  tempat  pusat  pengajian  Islam  secara  teori  dan  pratikal  kepada  semua   pelajar – pelajar  yang  belajar  di  Pondok  ini.   Mereka  yang  belajar  di  Pondok  ini   akan  diajar  tentang  sesuatu  teori  dan  mengingatinya   selepas  itu  mereka  sudah  mahir  tentang  teori   mereka  akan  disuruh  untuk  mengpratikkan  teori  tersebut  untuk  melihat  kemampuan yang  ada  pada  pelajar  tersebut  sama  ada  dai  dapat membuat  tidak  teori  yang  telah  diajar  oleh  seseorang  guru.  Pelajar  yang  lemah  atau  tidak  dapat  menunjukkan  potensi  yang  baik  akan  diajar  semula  tentang  teori  tersebut  sampai  mereka  dapat  menguasai  teori  dan membuatkan pratikal  tentang  teori  tersebut.
              Matlamat  penubuhan  Pondok  kerana  ingin  mencari  keredhaan  daripada  Allah  S.W.T  serta  untuk  menghapuskan  kerosakan  akhlak.  Setiap  masyarakat  perlu  bertanggungjawab  untuk  menghapuskan  kerosakan  akhlak  ini  yang  berlaku  kepada  mereka  yang  beragama  Islam.  Pada  masa  kini,  kerosakan  akhlak  semakin  berluasa  apabila  mereka  tidak  mempunyai   Ilmu   Agama  Islam  dalam  diri  setiap  orang.  Kes  yang  berlaku  menyebabkan  berlaku  kerosakan  akhlak  seperti  percaya  kepada  benda  lain  selain  Allah  S.W.T,   pergaulan  bebas  antara  lelaki  dan  perempuan,  hubungan  seks  berluasa,  kes  pembuangan   bayi  setiap  hari  berlaku  dan  masalah  yang  bertentangan  dengan  Agama  Islam.     Dengan  adanya  banyak  ulama  dan  mereka  yang  berpendidikan  Agama  dapat  mengatasi  masalah  kerosakan  akhlak  ini. 
            Matlamat  yang  ketiga  penubuhan  Pondok  untuk  melahirkan  generasi  yang  berilmu,  beramal,  berani,  dan   bertaqwa.  Penubuhan  Pondok  ini  amat  penting  kerana  dapat  melahirkan   generasi  muda  yang  mempunyai  banyak  ilmu  didada  dan  boleh  membantu  umat-  umat   Islam  yang  dalam  kesesatan.  Generasi  muda  juga  dapat  beramal  ibadat  kepada  Allah  S.W.T   dan  menyuruh  orang  Islam  turut  beramal  juga.  Mereka  yang  mempunyai  Ilmu  Agaam  mempunyai  cirri  - cirri  berani  untuk  mencegah    kemurka   kepada  mereka  hanya  takut  kepada  Allah  S.W.T   sahaja.   Kita  sebagai  umat  Islam   perlu  berani   pertahankan   Agama  Islam   dari  dijajah  oleh   kuasa   barat  kerana  Agama   Islam   adalah   tempat   kita  untuk   sembah   kepada    Allah  S.W.T.  Seterusnya   pondok  dapat   melahirkan  generasi  muda  yang   bertaqwa.    
             Matlamat  penubuhan   Pondok   yang   terakhir   untuk   melahirkan  pelajar  yang   mahir  serta   memahami   secara   mendalam  Ilmu  agama  dengan  betul   dan   menjadikan   Islam   sebagai   cara  hidup.    Penubuhan   pondok   dapat  melahirkan   pelajar  yang   mahir  tentang  agama   Islam  dan   menjadikan    Imu  agama  sebagai  panduan   hidup   mereka   pada  masa   sekarang   hingga   selamanya.    










KEMUDAHAN   yang  disediakan  di  PONDOK  pasir  tumbuh
1.  Masjid  jamek  4  tingkat
2.  Surau  dan  tempat  belajar.
3.   Elektrik  
4.   Air
5.   Telefon  Awam
6.   Pejabat  pentadbiran.
7.   Perpustakaan  dan  bilik  menjahit.
8.   Bilik  latihan  menjahit.
9.    Bilik  Komputer
10.  Bilik  Mandi  pelajar dan warga tua 6 buah.
11.  Balang  alat  pemadam  bomba - 90 biji
12.  Kemudahan  infratruktur  lain seperti  Kedai Kitab,  Peralatan  dan  Makanan.

SISTEM PEMBELAJARAN
1.    Pengajian  Umumi  (pelajar diberi  kebebasan  memilih  mata  pelajaran  yang  hendak      diikuti)
2.   Pengajian  Nizami  (secara  kelas  mengikut  tahap   kemampuan   masing-masing)

MATA   PELAJARAN   YANG  DIAJAR
1 - Feqah
2 - Nahu (Tatabahasa Arab)
3 - Balaghah (Sastera Arab)
4 - Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)
5 - Tasawwuf
6 - Tafsir
7 - Hadis
8 - Mantiq (Ilmu Logik)
9 - Sejarah Islam


KEISTIMEWAAN
Pondok Pasir Tumboh merupakan tempat yang sesuai dijadikan tempat pelancongan ibadat disebabkan faktor di sinilah tempat di mana Pondok Terusan mula diasaskan.

PELAJAR PONDOK
-800 orang

PENDUDUK PONDOK
-1000 orang

HARTA PONDOK
Tanah seluas ¾ ekar wakaf madrasah - Tanah seluas 40 ekar milik persendirian (3 Tuan Guru dan beberapa
individu lain)

ALAMAT SURAT MENYURAT
MADRASAH DINIAH BAKRIAH
Pondok Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7652193 Faks : 09-7652681


KESIMPULAN
        Ilmu   pendidikan   Agama  akan  terus kekal    untuk  selamanya dan  tidak  akan   lupuk  ditelan   zaman.  Ilmu  Agama  diajar  kepada   semua  umat  Islam  dan  mereka  akan  belajar  dengan  Ulamak  yang  pandai  tentang  Ilmu  Agama.  Mereka  yang  berminat  untuk   belajar  Ilmu  agama  boleh  berjumpa   dengan  ulamak  di  Pondok  , Madrasah,  Surau,  dan  Masjid.  Di  Kelantan  Darul  Naim  kami  mempunyai  banyak  tempat  untuk  mempelajari   Ilmu  Agama  Islam  dengan   tokoh  ulamak  yang  berpengalaman  dan  mempunyai  banyak  Ilmu  Agama  didada  dan  akan   disebarkan  kepada   mereka  yang  terpilih  atau  mereka  yang  minat  mendalam  untuk  pelajari  Ilmu  Agama  dan  akan  disebarkan  kepada  masyarkat  diluar  yang  tidak  tahu  tentang  Agama.  Semua   pihak   perlu   berikan  kerjasama  supaya  institusi  Pondok  atau  Madrasah  akan   kekal   selamanya. 

 RUJUKAN  :
1.  http:// albakriah. Wordpress
2. www. Al- bakriah.com.my   








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan