Topik:komuniti saya dari sudut masyarakat di NEGERI KELANTAN..
Pengertian masyarakat
Masyarakat (society)
merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang
tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan
perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud
sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat
merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat.
Menurut A.Aziz Deraman (2001), budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
Pengertian
masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri – meliputi
unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas.
Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang
tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu
wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri.
Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.
Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu.
Proses perubahan masyarakat dan budaya
Perubahan
berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa.
Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk
reformasi atau revolusi.
Evolusi
budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa
yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu
tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan
yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari
pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan
budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.
Proses evolusi
yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan “directional
processes” yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu
dipanggil proses “recurrent”.
Inovasi
ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang
tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu
diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Kelantan
Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan:
Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14
buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai
keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia,
berhadapan dengan Laut China Selatan,
dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri
agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan
nelayan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan
Kelantan terkenal sebagai negeri yang mempunyai banyak keistimewaan. Di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20M, Kelantan tersohor dengan sekoloh pondoknya hingga ke merata tempat di gugusan kepulauan melayu. Kelantan merupakan salah sebuah negeri Melayu yang kurang dipengaruhi oleh perkembangan sosio-ekonomi yang melanda negeri-negeri bijih timah di sebelah barat semenanjung pada ke 19M. Kelantan juga mempunyai berbagai seni budaya, cara hidup, sosio ekonomi dan politik yang menarik.

Menariknya
Kota Bharu...
Kota Bharu ibu negeri Kelantan dan merupakan sebuah bandar yang sentiasa sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktivit perniagaan. ia juga merupakan bandar yang unik di Malaysia yang masih boleh dipertahankan cara hidup penduduknya dengan budaya yang asli (original) sehingga ia di istihatkan sebagai "Kota Bharu Kota Budaya"

Bandar
Kota Bharu merupakan bandar terbesar dipantai timur semenanjung malaysia yang
majoriti penghuninya adalah berbangsa melayu. Masyarakat di sini rata-ratanya
terdiri dari golongan melayu islam yang agak terlindung sedikit daripada
pengaruh budaya luar yang kebanyakannya telah banyak merubah corak hidup serta
gaya berpakaian masyarakat di bandar-bandar lain terutamanya golongan muda mudi
serta pelajar.
Ini mungkin didorongi oleh faktor kurangnya kemasukan orang luar kelantan seperti golongan pelabur luar serta warga asing untuk bermastautin di kota bharu. Justeru di bandar Kota Bharu rata-rata pengunjungnya adalah bertudung dan berbaju kurung. Namun begitu, sewaktu musim-musim cuti sekolah dan juga musim-musim perayaan iaitu apabila golongan yang berhijrah dan juga pengunjung dari luar kelantan pulang bercuti, bandar kota bharu akan turut berwarna-warni dan berseri sepertimana bandar-bandar besar yang lain.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

- Masjid Sultan Ismail.
- Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
- Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
Kota Bharu Bandaraya Islam
Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar
raya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan,
DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan
Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik
perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan
khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy.
Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di
layar yang dipasang di beberapa tempat disekitar KotaBharu
Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya sepeti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.

Ekonomi di kelantan
Majoriti orang melayu kelantan bergiat dalam sektor tradisional sebagai petani, pekebun kecil, nelayan dan perniaga kecil. aktiviti-aktiviti pertanian tertumpu kepada penanaman tembakau, padi dan pekebun kecil. Ada juga mereka yang bekerja dengan kerajaan persekutuan seperti perguruan, perkeranian, kesihatan, pertanian dan dengan kerajaan negeri. Kaum Cina pula menguasai ekonomi, terutamanya kegiatan borong, runcit, pembinaan dan perniagaan di bandar-bandar dan pekan di kelantan.
Pasar Besar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu masih merupakan tarikan utama. Kebanyakan peniaga di sini adalah wanita dengan deria perniagaan bagus.Wanita di negeri kelantan adalah penggerak dalam ekonomi perniagaan.
Kelantan merupakan antara negeri termiskin di Malaysia,
dengan KDNK per kapita sekitar RM6000, kira-kira satu pertiga negeri kaya
seperti Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ramai penduduk Kelantan yang
bekerja sendiri, dan data ini tidak termasuk dalam perkiraan KDNK.
Masyarakat Kelantan Berurusniaga..
Masyarakat kelantan adalah rata-ratanya
terdiri dari golongan perniagaan yang mengusahakan perniagaan sendiri secara
kecil-kecilan. Di kampung-kampung golongan tua biasanya akan memperniagakan apa
sahaja barangan yang dihasilkan sama ada hasil pertanian ataupun kerja tangan
mereka. Golongan muda pula biasanya berhijrah ke bandar- bandar berhampiran
bagi mengusahakan perniagaan yang lebih berkaitan dengan permintaan semasa
masyarakat seperti mengusahakan gerai-gerai makanan, pakaian dan sebagainya.
Masyarakat cina pula mengusahakan perniagaan-perniagaan yang lebih moden di
bandar-bandar. Namun begitu apa yang menjadi tradisi perniagaan masyarakat
kelantan ialah aktiviti tawar menawar dalam berurusniaga. Malah para peniaga
dari golongan masyarakat cina juga mengamalkan tradisi ini.
Para pengunjung yang pertama kali berkunjung ke negeri kelantan disarankan untuk mempraktiskan tradisi tawar menawar ini dengan kadar munasabah. Sekiranya kena caranya para peniaga tidak lokek untuk menurunkan harga barangan jualan mereka antara 10% hingga 20% daripada harga biasa
Para peniaga di kelantan juga biasanya
terdiri daripada mereka yang peramah. Mereka tidak kekok untuk dibawa berbual
tentang apa-apa perkara yang berada dalam pengetahuan mereka. Malah mereka juga
suka dengan perkara tersebut dan kadang kala pmbeli akan menerima bonus tambahan
sekiranya pandai mengambil hati mereka.
Masyarakat di sini juga kreatif dalam
menyediakan pelbagai juadah masakan dan kuih muih yang beraneka bentuk dan
rasa. Terutamanya di bulan ramadhan. Pengunjung yang gemar untuk mencuba
kelainan dalam masakan harus mengambil peluang dengan berkunjung ke pasar siti
khadijah.
Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga
merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan
suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan.
Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan,
ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak
lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi
hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan mnghentikan segala urusan jual beli
setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua
pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
Walau bagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada
nama ini oleh Menteri Besar Kelantan Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin
Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti
peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu permandangan yang unik di
pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada
golongan wanita yang tekenal dengan minat berniaga.
Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhusukan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Tingkat satu pula diperuntukkan kepada makanan kering
seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Selain
itu, terdapat juga ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi
dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi
rakyat negeri kelantan.Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok,
jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang
juga dijual di sini.
Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama

Di
bulan ramadhan pula, pengunjung dapat merasai sendiri keunikan masyarakat
kelantan dalam menyambung bulan suci islam tersebut. Masjid Muhammadi akan
diimarahkan hingga ke pagi dengan jemaah-jemaah yang sedang menunaikan solat
dan juga mereka yang mentadabur al-quran. Tidak hairanlah negeri kelantan sejak
sekian lama dikenali dengan jolokan negeri serambi mekah.
Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negara thai, masyarakat kelantan tidak boleh tidak menerima sedikit sebanyak tempias budaya dan perkembangan masyarakat thai. Ini terutamanya dalam perkembangan fesyen dan juga budaya. Namun pihak kerajaan negeri telah menapis banyak budaya-budaya yang dikenalpasti bertentangan dengan akidah umat islam. Dari segi sukan, tomoi misalnya masih lagi menjadi kegilaan gologan remaja mengatasi minat terhadap silat itu sendiri. Malah saban tahun banyak acara-acara serta pertandingan tomoi dianjurkan disetiap pelosok negeri. Pengaruh fesyen juga ketara bilamana perkembangan fesyen dari negara thai pantas merebak ke negeri kelantan. Justeru ia menjadi tarikan seumpama 'Paris Malaysia'.

Wakaf
Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar
bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli
makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan
laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki
dan juga pakaian wanita.
Wakaf
Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan
pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar
malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan
teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual
mesra sesame sendiri.
Sektor
perindustrian
Perindustrian
merujuk kepada aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk perdagangan dan
bukannya keguanaan sendiri. Perindustrian biasanya dibahagikan kepada 3 jenis
menurut saiz, nilai dan bentuk industri itu sendiri. Pembahagian tersebut
adalah industri berat, industri sederhana dan industri ringan.
Di negeri kelantan kebiasaanya perusahaan keropok lekor yang menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat di kelantan.
Kebudayaan di Kelantan
Kesimpulanya, masyarakat dan kebudayaan di kelantan mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Pelbagai aktiviti masyarakat dilakukan untuk memastikan ekonomi dapat ditingkatkan. Di bandar kota Bharu merupakan pusat bandar dan juga dikenali sebgai ibu negeri kelantan yang menjadi tumpuan masyarakat. Kota Bharu juga menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan masyarakat kelantan.
Di negeri kelantan kebiasaanya perusahaan keropok lekor yang menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat di kelantan.
Kebudayaan di Kelantan
Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung -
kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu
kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan
mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai
suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir
barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga
di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan
belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk
mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan
teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering
menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.
Perkataan
Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan
karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut
dalam bentuk pantun atau syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan
Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih
terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Kesimpulanya, masyarakat dan kebudayaan di kelantan mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Pelbagai aktiviti masyarakat dilakukan untuk memastikan ekonomi dapat ditingkatkan. Di bandar kota Bharu merupakan pusat bandar dan juga dikenali sebgai ibu negeri kelantan yang menjadi tumpuan masyarakat. Kota Bharu juga menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan masyarakat kelantan.
Sumber Rujukan:
A.Aziz Deraman, 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Mahindar Santokh Singh, 1991. Potensi Perindustrian Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Kelantan
http://eprints.ptar.uitm.edu.my
Assalamualaikum W.B.T....
BalasPadamwlkmslam W.B.T sharafi
BalasPadam