Khamis, 6 Oktober 2011

192484 Mohd Sufian Bin Zahari

TOPIK : BUDAYA KAUM YANG PELBAGAI MERUJUK KEPADA KOMPOSISI  ETNIK, KAUM DAN SUKU MALAYSIA  SARAWAK


1.0 PENDAHULUAN





Saya akan membicarakan tentang bab 5 iaitu budaya. Maka, saya akan bercerita tentang suku -suku, kaum, dan etnik yang ada di Malaysia ini sebagai negara yang unik. Namun untuk memudahkan jalan penceritaan, saya akan skopkan kepada salah sebuah negeri yang terdapat di tanah tumpah darah kita ini, iaitu negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sebagagaimana yang kita ketahui, di negara kita yang tercinta ini terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Jumlahnya hampir mencecah ratusan etnik dan kaum. Itulah indahnya komuniti saya dari sudut masyarakat Malaysia itu sendiri. Hal ini menunjukkan betapa keadaan yang amat membanggakan kita. namun, permasalahanya, kita belum dapat menghapus rasa dan semangat perkauman di negara ini walaupun kita telah merdeka lebih daripada 50 tahun. Sehingga ada yang berpendapat, Malaysia satu -satunya negara yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum, tapi belum mampu untuk menghapuskan semangat perkauman dan masih belum mampu mewujudkan sebuah negara bangsa. Antara negara yang mempunyai etnik,suku dan kaum yang banyak, tapi mampu menubuhkan negara bangsa dalah negara jiran kita Indonesia,  Amerika Syarikat, Iceland, Portugal, Jepun dan lain -lain lagi. Hal ini menunjukkan betapa sebenarnya negara yang mempunyai pelbagai etnik, kaum dan bangsa mampu membentuk sebuah kelompok dengan sebuah bangsa berteraskan negara sendiri.
( http:ms//wikipedia.org/wiki/Negara bangsa )




2.0 SUKU -SUKU, KAUM DAN ETNIK DAYAK SARAWAK 


Sebenarnya, di Sarawak adalah terdiri daripada banyak kaum. Ramai yang telah mengetahui bahawa Sarawak terdiri dari pelbagai etnik. Namun sebenarnya tanggapan itu salah. Walaupun di Sarawak mempunyai banyak etnik, namun mereka adalah di bawah satu nama, iaitu Dayak. Maka, di bawah Dayak inilah yang akan memecah kepada etnik -etnik dan suku yang banyak, seperti contoh suku kaum Bidayuh, Iban, Kayan, Kenyah, Murut, Dusun, Melanau, Kelabit dan lain -lain lagi. Bagi pemahaman semua, biar saya tunjukkan satu keadaan yang cukup mudah. Di mana kaum Melayu di semenanjung, Melayu adalah sebagai kaum, namun etniknya adalah banyak, antara contohnya, Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Kedah, Melayu Johor, Melayu Jawa, dan lain -lain lagi. Namun di bawah kaum, suku -suku dan etnik adalah kaum Melayu yang berbagai. Berbalik kepada kaum Dayak itu tadi, ramai yang beranggapan, bila sebut Dayak Sarawak, mereka hanya terbayangkan Iban dan Bidayuh. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali, kerana Dayak adalah komuniti yang besar. ( jejakpermata.blogspot.com/2009/06/kaum-dayak-sarawak.html )


           Sebenarnya, Dayak pada asalnya adalah nama kaum yang diberikan oleh James Brooke kepada kaum Pribumi Sarawak yang bukan Islam. Namun, oleh kerana peredaran zaman, sudah ada di antara kelompok kecil Dayak yang menganuti agama Islam. Dayak pula adalah terbahagi kepada beberapa jenis, seperti yang saya ceritakan tadi, Pada asalnya, Brooke hanya memisahkan Dayak ini kepada dua sahaja, iaitu Dayak Laut dan Dayak Darat. Maklumat yang di peroleh oleh Brooke adalah melalui Dayak Bukit. Dayak Bukit adalah mereka yang tinggal di sekitar tempat tinggi seperti di kawasan daerah Kuching. Mereka juga yang dikatakan tinggal di tempat tinggi atau atas bukit dengan tujuan mengelakkan daripada diserang oleh Dayak Laut. Lama kelamaan, Dayak Bukit dikenali sebagai Dayak Darat, dan Dayak Laut sebagai Dayak Laut. Istilah Dayak digunakan pada asalnya adalah demi mengenal pasti ras dan kebudayaan serta kepercayaan mereka oleh pihak kolonial yang menguasai Borneo pada abad ke 18.
( http://dwnbahasa.dbp.my)




2.1 BIDAYUH


Kaum yang pertama yang saya pilih adalah Bidayuh, Sepertimana yang kita ketahui, negara kita Malaysia tanah tumpah darahku ini terdiri dari keunikan dan kepelbagaian kaum. Susahnya seorang pemimpin untuk menyatupadukan kaum -kaum di Malaysia ini yang hingga mencecah ratusan kaum. Kerajaan telah melakasanakan beberapa dasar untuk ini, antaranya dasar 1 Malaysia oleh UMNO. Parti Pas dibawah Pakatan Rakyat pula meletakkan dasar Islam untuk semua. Dari sini kita telah lihat betapa kesungguhan para pemimpin untuk menyatupadukan rakyat.


          Maka, untuk penulisan kali ini saya memilih dari suku kaum yang agak besar di negara ini untuk dikongsikan, iaitu suku kaum Bidayuh. Di negara kita, mereka adalah tertumpu di negeri Sarawak di bahagian barat daya iaitu Serian Dan Kuching. Di indonesia terdapat juga minoriti yang kecil yang tinggal di sekitar Kalimantan. Mereka adalah antara suku kaum yang agak terkenal di negara kita kerana mereka adalah terkenal dengan kekayaan budaya. Mereka adalah terdiri daripada kaum yang menganuti agama Kristian paling ramai dan diikuti pula Islam. Mereka dipecahkan kepada empat pecahan etnik mengikut daerah mereka di negeri Sarawak, iaitu:
  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)                                                                                                             
          Inilah antara keadaan yang menggambarkan suku kaum Bidayuh sebagai sebuah kaum yang agak terkenal di negara kita ini dari sudut kekayaan budayanya yang tersendiri. ( http:ms//wikipedia.org/wiki/Suku Bidayuh )




2.1.1 ASAL USUL KAUM BIDAYUH

Asal usul kaum Bidayuh ini adalah bermula daripada sekelompok individu yang berpindah randah, dikatakan bahwa nenek moyang Suku Bidayuh berasal dari Sungkung yang mendiami Gunung Sijakng Singulikng di wilayah Kabupaten Bengkayang yang bernama Siang Nuk Nyinukng. Maka, keterunan Siang Nun Nyinukng itulah yang melakukan pindahan kediaman sehingga terhenti di tanah air kita ini. Berikut adalah perjalanan pindahan keturunan tersebut :


1.      Lipot Limang pindah dan masuk ke wilayah Sebujit Kecamatan Siding Kabupaten Bengkayang.
2.      Biu Samak Milib pindah ke wilayah Janggoi Sikalo, Subah Belatak, Jagoi Bung Jawid, yaitu suatu daerah di wilayah Bau Serawak Malaysia.
3.      Slutok Slunukng pindah ke daerah Menyuke Kabupaten Landak.
4.      Buta’ Sebangam masuk dan pindah ke wilayah Lara Senayukng (suku Bekatik), Sangau Beliok (Kampung Riok).
5.      Aloi No’nian pindah ke daerah Stas di wilayah Serawak Malaysia.
6.      Maka’, Kos Mu’Layankng dan Gonkng Maluoi pindah ke daerah Gumbang Serawak Malaysia.
7.      Mangang masuk dan pindah ke wilayah Siding Kecamatan Siding Kabupaten Bengkayang.
8.      Titi Ayunt pindah ke daerah Guun Serawak Malaysia.
9.      Obos masuk ke daerah Trenggos Serawak Malaysia.
10.   Tu’Laju pindah ke daerah Biak Serawak Malaysia.
11. Asangkong berpindah dan masuk kawasan Sarawak Malaysia.
                                                          

            Maka, keturunan Lipot Limang inilah yang dikenali sebagai suku Bidayuh yang mendiami desa Hill Bue di Kacamatan Siding Kabupaten Bengkayang. Salah satu sebab mereka keluar dan menyebar ke beberapa tempat adalah kerana demi mendapatkan lahan atau kawasan tanah subur untuk didiami. Maka sangatlah bertepatan dengan keadaan Serian dan Kuching kini yang merupakan di kawasan tepi sungai atau dikenali sebagai kota utama di Sarawak pada hari ini. Antara faktor lain mereka keluar adalah kerana mereka terlibat dengan peperanagn saudara antara mereka untuk merebut wilayah.

          Dalam perang saudara, yang paling menakutkan sehingga mereka melarikan diri adalah apabila mereka berperang, cara yang paling ketara mereka lakukan adalah dengan cara "mengkayau" kepala musuh. Dalam bahasa kita adalah bermaksud memanggal kepala musuh. Namun, kayau kepala ini sudah tidak lagi berlaku bagi masyarakat bidayuh pada hari ini yang bergerak sesuai denag peredaran zaman. Selain itu, faktor perjanjian bidayuh di Kalimantan dengan Belanda, yang diperkasakan dengan Tumbang Hanui juga telah menghentikan aktiviti yang mengerikan ini. kini, Bidayuh telah maju dengan kapasiti sendiri. (http://dayakbidayuh.blogspot.com/2009_02_01_archive.html)


2.1.2 TINGGAL DI RUMAH PANJANG

Pada waktu dan zaman dahulu kala, mereka ini tinggal di kawasan jauh pedalaman dan di atas bukit. Ini bertujuan keselamatn jika banjir dan mengelakkan dari mudah untuk di kesan para musuh. Mereka tinggal secara berjemaah di rumah panjang. Untuk pengetahuan semua, struktur rumah panjang bagi masyarakat Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang kaum Iban Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
         

             Rumah panjang Sarawak bagi masyarakat Bidayuh adalah terdiri daripada tiga bahagian, iaitu yang pertamanya utama, kedua awah dan ketiga tanju. Utama dapat kita katakan ia berperanan sama dengan ruang utama bagi rumah yang didiami masyarakat lain pada zaman sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari sebagai tempat beristirehat. Awah pula ia berperana sebagai tempat beristirehat juga, ia beratap. Fungsinya kini adalah sama sekali dengan fungsi beranda rumah lain. Ruang Awah juga digunakan mereka sebagai tempat berbual, menganyam tikar, bertani dan tempat yang menjadikan tempat peradaban majlis -majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Ia juga merupakan tempat keagamaan dan pantang larang seperti tempat sambutan Hari Gawai dan lain -lain lagi. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya. ( http:ms//wikipedia.org/wiki/Suku Bidayuh )



2.1.3 HARI GAWAI

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa, kaum Bidayuh adalah yang merayakan Hari Gawai sebagai hari perayaan mereka. Ia juga disambut oleh kaum Iban sebagai tanda kemenangan yang berlambangkan tamatnya musim menuai padi. Ia biasanya dirayakan pada akhir Mei dan awal Jun. Pesta ini disambut secara besaran bermula tahun 1964. Ia disambut secara meriah di seluruh kota, bandar dan desa serta kampung di Sarawak. Mereka jjuga akan meminum arak dan tuak sebagai simbol perayaan. Tuak pulut akan direndam dan perap bersama pulut. Ianya direndam selama dua minggu. Beras tersebut juga akan dimasak dan dipanggil nasi tapai.


            Pada hari Gawai, pelbagai jenis air tuak akan dipersembahkan kepada dewa padi dan kekayaan, syair juga kan dibacakan khas kepada mereka sebagai tanda perayaan. Hadiah perayaan akan dipersembahkan kepada mereka dengan merenjis darah ayam jantan ke atas bahan pemberian itu. Barang pemberian yang direnjis dengan darah ayam jantan ya ng basah itu dalah dianggap sebagai pembuka hari pesta Gawai. Hari Gawai juga mereka akan menghiaskan diri dengan manik -manik, perhiasan tradisional orang bidayuh bagi anak dara kan menghiaskan manik ini di badan merka yang akan menonjolkan lagi paras rupa mereka yang cantik.

           Pada hari tersebut juga, seluruh masyarakat akan berkumpul dan "renyai " atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam serambi rumah panjang. Seluruh masyarakat akan bersuka ria dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang paling mengembirakan adalah "Ngajat Lesong". Saat ini akan mempamerkan , dimana ada di antara mereka menunjukkan gaya menumbuk lesong dengan hanya menggunakan gigi. Hari Gawai dianggap tamat apabila pokok istiadat atau renyai itu tadi di alih dan dicabut atau dibuang. 

2.1.4 BAHASA BIDAYUH

Dari sudut bahasa, bahasa Bidayuh amat jauh bezanya dengan bahasa Melayu. Ia adalah banyak terarah kepada bahasa mereka tersendiri, contohnya :


Man = makan
Nuok = minum
Beos = tidur
Mamuh = mandi
Piin = air
Buk = buku
Aku' = aku/saya
Kuu = kamu/anda/awak


Aku' an man = saya nak makan
Kuu re adi ka maki? = kamu/awak hendak ke mana?


        antara contoh yang berjaya saya ambil ini adalah telah menunjukkan betapa bahasa Bidayuh telah mempunyai bahasa yang tersendiri, yang cukup unik dan menggambarkan identiti mereka sendiri.Bahasa Bidayuh adalah cukup unik jika dibandingkan dengan bahasa -bahasa lain di Sarawak. Bahasa Sarawak adalah sedikit berubah berdasarkan kawasan didiami oleh mereka sendiri. Mereka akan berubah perkataan dan intonasi mengikut daerah dan kawasan mereka. Sebagai contoh, Bidayuh kawasan Padawan menyebut makan ialah man, kawasan Serian menyebut makan ialah ma'an. ( http://ardy.beth.blogspot.com )




2.1.5 PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH




         
          Bagi suku kaum Bidaayuh, pakaian hitam adalah pakaian warna utama bagi kaum suku Bidayuh. Bagi kaum wanita mereka akan memakai pakaian hitam dan baju berlengan pendek paras berlengan pendek atau separuh lengan. Sepasang kain berwarna hitam paras lutut dihiasi manik -manik halus pelbagai warna disulami dengan warna sulaman putih, kuning dan merah sebagai asas. Tudung kecil berwarna merah yang disulami manik menjadi penutup kepala bagi kaum wanitaa suku kaum Bidayuh. Bagi lelaki pula akan memakai baju berwarna hitam separa lengan atau lengan pendek, dengan sedikit corak flaura dan fauna bersama seluar hitam, ataupun cawat yang berwarna seperti merah, biru dan putih. kain lilit kepala sebagai pelengkap bagi kaum lelaki Bidayuh. ( http:ms//wikipedia.org/wiki/Suku Bidayuh )


2.2 IBAN

Kaum Iban adalah merupakan kaum yang juga tergolong sebagai etnik daripada suku kaum dayak. Kaum Iban ini dahulunya dipanggil sebagai Dayak Laut. Untuk pengetahuan, kaum Iban merupakan etnik yang terbesar di Sarawak dengan jumlah sekitar 876 000 orang. Jumlah ini bersamaan dengan kurang lebih 40% daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Mereka biasanya mendiami daerah -daerah di Sarawak seperti kawasan Lundu di kawasan barat dan Limbang di timur laut. Namun, mereka lebih padat dan tertumpu di kawasan daerah seperti Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Bintulu, Sibu, Kapit dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal dirumah panjang, mereka mendirikan rumah di tebingan sungai atau tepi jalan raya. Mereka melakukan begitu adalah kerana ingin memudahkan aktiviti harian dan aktiviti ekonomi mereka sendiri. Mereka hidup dengan berteraskan adat resam yang tinggi. Dalam melaksanakan adat, bagi kaum Iban, erat saudara adalah paling penting dan mementingkan talian saudara antara sesama mereka. Berbeza dengan kaum Bidayuh, kaum Bidayuh beragama Kristian dan Islam. Tapi kaum Iban adalah dikatakaan sampai ke hari ini menerima agama Kristian sebagai peganggan. ( http:ms//wikipedia.org/wiki/Iban)


2.2.1 ASAL USUL KAUM IBAN

Asal usul kaum Iban, seperti yang telah saya jelaskan tadi, mereka adalah dulunya dikenali sebagai Dayak Laut. Maka, melalui pengamataan saya, kaum Iban berbeza dengan kaum Bidayuh yang bermula dengan  berpindah randah. Kaum Iban adalah kaum asal Sarawak yang dulunya dipecahkan oleh Brooke sebagai Dayak Laut. Mereka dulu dikatakan kaum yang kuat dan sering melakukan serangan ke atas kaum Dayak Darat, yang telah di jelaskan tadi.


2.2.2 PENEMPATAN DI RUMAH PANJANG



Sebagaimana Kaum Dayak Bidayuh, kaum Iban ini juga menempatkan diri di rumah panjang. Namun, reka bentuk rumah panjang bagi kaum Iban sedikit berbeza jika dibandingkan dengan rumah panjang kaum Bidayuh. Walaupun kedua- duanya adaalah rumah panjang, namun rekaan dan bentuknya tidak sama. Mereka kebanyakanya tinggal di kawasan Sungai saribas, Sungai Batang Lupar, Sungai Skrang dan Sungai Rajang. Hidup mereka di rumah panjang diketuai oleh ketua kampung atau juga dipanggil sebagai Tuai Rumah. Kini, kaum -kaum Iban ramai yang sudah mendiami dan lebih tertumpu di kawasan bandar utama di Sarawak sebagai tempat mereka jadikan kawasan tempat tinggal.  (http:ms//wikipedia.org/wiki/Iban)


2.2.3 TRADISI KAUM IBAN

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Tajau ini bertindak sebagai satu barang tradisi turun temurun. Ramai juga di kalangan kaum Iban kini masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Tajau ini dianggap paling bernilai dan suci. Ia dikatakan adalah perlu dijaga dan diturunkan dari generasi ke generasai. terdapat 7 jenis tajau kesemuanya.

1. tajau guchi
2.tajau serigu
3.tajau ningka petanda
4.tajau rusa
5.tajau menaga
6.tajau salang -salang
7.tajau alas

Tajau ini juga digunakan bagi tujuan tertentu dalam menjaga adat dan budaya mereka. Tajau ini penting dalam upacara tertentu seperti upacara adat kematian, tajau akan berperanan sebagai Baiya. seterusnya bagi  membayar hukuman dalam adat "tusun tunggu". Ia juga sebagai Soldadu Diou. tajau juga digunakan untuk kehidupan harian biasa iaitu sebagai bekas menyimpan air. Ia digunakan juga dalam majlis perayaan gawai. Perayaan gawai yang akan menggunakan tajau adalah gawai kenyalang dan gawai tajau iitu sendiri. Ianya juga digunakan sebagai upah, upah yang dimaksudkan adalah upahan yang dihulurkan untuk penyair yang dipanggil sebagai lemambang dan manang. Manang bagi kaum iban adalah panggiilan untuk dukun.


           
      Menurut Edward Enggu (1964), Antara nilai yang diangkat atau perolehan paling bernilai yang dipandang tinggi oleh masyarakat Iban itu sendiri adalah merujuk kepada 3 perkara, yang pertama adalah keberanian, keduanya adalah padi yang diperolehi, dan ketiga adalah tajau. Lihat betapa tingginya tajau ini dipandang oleh mereka. ( http:// nangapila.blogspot.2009/02/tajau-dalam-masyarakat-iban.html )


2.2.4 PERAYAAN GAWAI 


Seperti kaum Bidayuh, masyarakat kaum Iban juga merayakan Perayaan Gawai atau Hari Gawai. Bagi orang Iban. Perayaan Gawai adalah perayaan paling utama bagi mereka. Bagi mereka kaum Iban, gawai pula terdiri daripada pelbagai jenis gawai, antaranya adalah gawai burung, gawai kenyalang, gawai panggul, gawai batu, gawai kelingkang, gawai tuah dan lain -lain lagi. Biasanya tarian ngajat akan ditarikan dalam pesta Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi yang mereka perolehi. Tuai rumah dikatakan sebagai individu terpenting dalam menjayakan Hari Gawai tersebut. Hari Gawai tidak akan lengkap jika tanpa hidangan tuak untuk meraikan perayaan tersebut. 


2.2.5 BAHASA IBAN

Bahasa Iban dikenali sebagai "master of langguage" oleh dunia. hal ini kerana ianya berkait rapat dengan hasil kajian oleh Prof Dreek Freeman yaang telah membuat kajian sendirii ke atas bahasa Iban. Menurut profesor tersebut telah menyatakan bahawa orang Iban bijak dalam menyediakan puisi, bijak dalam menyusun ayat, mencipta serta membina puisi dengan cukup baik. Puisi yang menggunakan keadaan yang sesuai dalam aturan ayat serta intonasi seperti yang terdapat di dalam poems, dan prose dalam Bahasa Ingeris.

           Bahasa Iban adaalah satu -satunya bahasa yang mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Ia berbeza di setiap tempat, bukan sahaja hanya di negeri Sarawak, tapi di Sabah, semenanjung dan  juga Kalimantan di Indonesia. Bangsa Iban satu -satunya bangsa bumiputera Malaysia yang mempunyai sistem tulisan sendiri iaitu disebut sebagai "Turai". Ia adalah sebanyak kesemuanya tidak kurang daripad 59 abjad yang mewakili setiap tulisan rumi. Bahasa ini berkesan dengan tulisan ini apabila mereka berjaya merujuk sehingga 15 generasi turun -temurun. Ia juga berjaya merekodkan peristiwa -peristiwa penting terdahulu. Antara yang berjaya di rekod sebagai peristiwa penting dengan tulisan Turai ini adalah, "PirateOf Betting maro". Peristiwa ini adalah amat penting bagi Kaum Iban adalah kerana kejayaan mereka dalam mematahkan serangan pihak penjajah dengan serangan "ngayau" iaitu penggal kepala. (http:ms//wikipedia.org/wiki/Iban). 

Contoh bahasa iban:

makan = makai
sana = din
sini = ditu
kalau = enti
boleh = ulih
saya = aku



2.2.6 MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN




Makanan tradisi kaum Iban adalah tuak. Tuak adalah sejenis minuman beralkohol yang amat dijadikan sebagai satu mkana tradisi kaum mereka. Tuak pada asasnya terhasil daripada pameran bahn -bahan tertentu dan akan membuatkan mereka meminum pada majlis tertentu khususnya perayaan dan keramaian. Kalau di Kelantan pula, tuak adalah lain, ia merujuk kepada air nira yang dibuat ataau dihasilkan dari mayang kelapa. Di Malaysia terdapat 3 tuak, tuak nipah, tuak beras dan tuak kelapa.


         Bagi masyarakat Iban, tuak beras amat digemari mereka, ianya jika diminum yang pastinya ia memabukkan melainkan minum dengan kuantiti yang terlalu sedikit. Untuk penghasilan, ia mengambil masa 2 atau 3 minggu sebelum. Ia diperap bersama beras pulut dalam tempoh tersebut. Manakala beras pulut itu tadi pula dijadikan sejenis makanan tradisi mereka juga yang di kenali atau dipanggil sebagai tapai. Tuak juga akan dihasilkan oleh etnik Sarawak mahupun Sabah untuk perayaan tertentu mengikut cara dan adat mereka masing -masing. Tuak ini jika diminum dengan kapasiti yang berlebihan ia pasti akan muntah, khayal dan memabukkan. (www.scribd.com/doc/6415426/Makanan-Tradisional-Kaum-Iban)



3.0 PERKAHWINAN IBAN 


Dalam masyarakat Iban, adat perkahwinanlah yang paling unik. Mereka adaa prinsip dan pegangan mereka terutama untuk kaum lelalki. Bagi kaum lelaki, mereka mewajibkan mempelai lelaki untuk berkahwin paling awal pun pada usia 22 tahun. Hal ini kerana, mereka bimbang akan kemampuan lelaki untuk mentadbir rumah tangga. Pada usia 22 tahun, mereka dianggap terlalu matang dan sudah sangat mampu dan bersedia untuk menjadi suama dan menjaga amanah orang tua bakal isteri, yakni anak perempuan yang bakal dijadikan isteri itu. Namun begitu, mereka juga berkahwin mengikut kapasiti ahli keluarga, kalau ahli keluarga itu besar, maka mereka akan sedikit lambat untuk kahwin, tapi jika keluarga kecil mereka akan dikahwinkan secepat mungkin kerna mengharapkan pembelaan dan anak, iaitu menantu dapat turut menyara keluarga yang kecil itu tadi.


3.1 MERISIK    



Biasanya, perkahwinan akan ditentukan oleh pihak lelaki. Maka, jika seseorang ank lelaki itu telah berkenan dengan seseorang perempuan, lelaki itu bolehlah menyuruh ahli keluarganya datang ke rumah perempuan untuk mmerisik. Tujuan merisik, sama juga macam adat sesetengah kaum lain di negara kita, ia bertujuan untuk mengetahui status perempuan itu. Apakah perempuan itu sudah bertunang, janda, dara, atau isteri orang. Jika pertemuan kedua -dua belah pihak adalah mmenggalakkan, maka mereka akan ataurkan majlis pertunangan untuk melanjutkan upacara untuk menyatukan kedua -dua anak mereka.


3.2 BERTUNANG

Pertunangan akan dilangsungkan dengan pihak lelaki mestilah hadir dengan jumlah paling minimum pun tidak kurang 5 orang. Jumlah kebiasaan 20 orang. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan pihak lelaki untuk memiliki anak mereka. Yang hadir bersama pihak lelaki mestilah terdiri daripada orang -orang tua yang dikatakan agak mahir dan bijak dalam menguruskan majlis -majlis utama sebegini. Di dalam majlis ini, mereka akan membincangkan tentang hantaran, berian dan tarikh perkahwinan. Mereka juga akan mengenali antara satu sama lain. Apa yang penting, selepas mereka di ikatkan dengan pertunangan, pihak perempuan atau perempuan itu tadi tidak lagi boleh dikunjungi oleh mana -mana lelaki kecuali tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan mereka kepada jiran dan saudara mara mereka terdekat.


3.3 PERKAHWINAN




Dalam majlis perkahwinan, pelbagai persiapan akan mereka buat. Pihak lelaki akan menyediakan pelbagai persiapan hantaran, berian dan lain -lain lagi bagi memenuhi adat mereka. Bagi keluarga wanita pula mereka akan memburu binatang. Hal ini untuk disembelih dan diberi jamuan untuk para tetamu yang datang. Masing -masing juga mmenguruskan urusan perkahwinan tersebut.

          Kedua -dua pihak melantik wakil masing -masing. Mereka akan menyerah seutas tali kepada tuai, atau ketua rumah panjang. Pada tali itu ada simpulan. Jika ada lima simpulan, bermakna perkahwinan akan berlangsung lima hari dari sekarang. Tuai rumah akan buka simpulan itu pada setiap hari, satu demi satu. Pada hari perkahwinana, pengantin lelaki akan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu menuju ke rumah panjang wanita. Itu jika sekiranya dia menggunakan jalan air. Jika jalan darat, mereka akan berjalan kaki. Mereka berjalan sambil pengantin lelaki dan rombongan telah dihias dengan pakain yang sangat menarik dan mereka memalu gong. Sesampainya mereka di rumah panjang pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan, dan mereka akan mandi ramai -ramai di sungai sebelum mengenakan pakain tradisional. Wakil pengantin lelaki akan di jemput untuk menyembelih seekor binatang sebagai tanda hormat. Biasanya binatang seperti babi akan disembelih dan tika itu juga, senapang akan melepaskan tembakan. Ia kan kedengaran seolah balas membalas.

            Di kepala tangga rumah panjang, akan terdapat rangka berbentuk kota. Wakil lelaki akan dikehendaki membukan kota tersebut di 3 tempat pada tangga rrumah panjang. Di hujung kanan dan kiri, serta di tengah -tengah. Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu.



               Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

             Seterusnya upacara mengulang atau membelah pinang dilakuakan. Wakil perempuan akan mengeluarkan tapak sirih dan membelah pinang tersebut. Setelah pinang itu dibelah, pecahan pinang itu akan menjadi ukuran selama berapa hari perempuan kan tinggal di rumah lelaki itu. Seterusnya, pinang akan di beri kepada tetamu yang hadir untuk sarapan. Upacara belahan pinang itu adalah simbolik selesainya majlis di rumah perempuan. Itu pun jika sekiranya mereka tidak ada kesalah adat dilakukan. Jika ada, mereka dikenakan mandi di sungai. Mereka juga dikenakan memegang kain 7 ela dan seekor babi juga di sembelih sekali lagi. Ini bertujuaan untuk membersihkan dosa mempelai. Selepas mandi dan menyucikan diri, pasangan dan rombongan akan bersiap untuk majlis ke rumah lelaki pula.

            Di rumah pengantin lelaki agak mudah, mereka hanya akan bersanding di ats kain tenun. Hal ini juga terdapat dalam adat kaum Melayu. mereka di iringi pengapit. Ayam yang telah di ikatkan kaki akan di bebaskan pada hari itu, mentera juga kan di bacakan. Namun, ayam yang telah di sembelih pula, darahnya akan disemah kepada pengantin. Majlis berakhir dengan majlis minum dan makan buat tetamu.

              Selepas itu, mereka akan ke rumah pengantin wanita, di rumah pengantin perempuan. walaupun telah dijadikan suami isteri yang sah, mereka tidak boleh tidur bersama -sama. Si suami masih tidur di ruai, iaitu bilik tetamu. Sebarang bunyi yang di dengari pada malam itu akan membawa maksud tersendiri yang menafsirkan hala tuju pengantin. Ada segelintir pengantin yang akan dipisahkan untuk beberapa hari kerana ada tafsiran buruk.


4.0 KESIMPULAN


Kesimpulanya, setiap bangsa dimuka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekayaan budaya mereka yang tersendiri, begitu juga dengan bangsa Bidayuh yang sememangnya kaya dan mampu berdiri dengan kapasiti bangsa mereka sendiri. Saya percaya jika diamati bersama, jka kita tanya pada kaum Bidayuh dan Iban, mereka juga bangga dengan bangsa merka sendiri. Mereka adalah antara intipati yang terdapat sebagai antara etnik dan kaum yang mewarnai kebudayaan Malaysia. Melalui penulisan ini, saya telah berjaya mengaitkan budaya atau amalan hidup mengikut kaum melalui amalan mereka. Lantas memenuhi kehendak yang dituntut oleh ilmu sosiologi sendiri terutama dalam sukatan pelajaran pada bab lima. Budaya adalah merujuk kepada kepada cara hidup manusia, serta tingkah laku dan unsur kebendaan yang wujud. Maka begitulah yang telah saya perincikan sebagai contohnya turun temurun kaum Iban menyanjung tajau, perayaan Gawai oleh mereka dan lain -lain lagi.












RUJUKAN


1.http:ms//wikipedia.org/wiki/Negara bangsa
2.jejakpermata.blogspot.com/2009/06/kaum-dayak-sarawak.html
3.http://dwnbahasa.dbp.my
4.http:ms//wikipedia.org/wiki/Suku Bidayuh
5.http://dayakbidayuh.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
6.http://ardy.beth.blogspot.com           
7.http:// nangapila.blogspot.2009/02/tajau-dalam-masyarakat-iban.html     
8.www.scribd.com/doc/6415426/Makanan-Tradisional-Kaum-Iban 
9.http://malaysiana.pnm.my/01/0104010204swkiban_kahwin.htm                                                                                                  

1 ulasan:

  1. Banyak hasil tulisan anda adalah bersifat pandangan berdasarkan pengamatan di sekeliling terutamanya menyangkut budaya masyarakat Iban. Saya cadangkan banyak membaca bahan kajian terdahulu bagi mendapatkan tinjauan literature supaya pendapat anda ada bukti yang dapat menyokong hipotesis yang dikemukakan. Sekiranya anda berbuat demikian sudah tentu banyak manfaat yang akan diperoleh oleh pembaca terutamanya menyangkut tulisan berkenaan masyarakat dayak khususnya mengenai Iban. Walau bagaimanapun syabas diucapkan kerana memilih untuk menulis berkenaan dengan masyarakat dayak khususnya bangsa Iban. Jasa anda amat dihargai oleh saya selaku bangsa Iban. Tahniah.

    BalasPadam