Jumaat, 2 Disember 2011

126219 Mohd Syahir bin Hassan


Komuniti dari Sudut Nilai Tradisional dan Norma Masyaraka Negeri Terengganu.

1.0       Pendahluan

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terengganu mempunyai tujuh daerah seperti Marang, Dungun, Besut, Kemamam, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri ini. Terengganu merupakan negeri yang mempunyai budaya yang menarik seperti slogan yang diperkatakan “Negeri Cantik Budaya Menarik” iaitu pelbagai adat dan budaya di negeri ini menjadi tarikian pelancong sama ada dalam atau luar Negara dating melancong di Terengganu. Nilai tradisionla dari aspek kesenian yang terdapat di Terengganu adalah seperti Mak Yong, Rodak, Teater Nur sakti, dan yang paling popular ialah Tarian Ulek Mayang.

Nilai tradisional ialah sesuatu yang diamalkan secara turun-temurun seperti kesenian, kebudayaan, dan permainan tradisional. Nilai tradisional ini perlu dikekalkan agar ianya tidak dilupakan oleh generasi-generasi muda. Nilai tradisional ini juga melambangkan budaya sesuatu masyarakat dan menjadi identiti masyarakat tersebut. Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai sosial tradisi bermakna kita merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat, yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri Melayu itu. Nilai-nilai moden itu pula ialah kesan perubahan, bagi masyarakat menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun proses perubahan yang berlaku itu merupakan usaha penyesuaian antara yang lama dengan orang baru. Tetapi penerimaan sesuatu yang baru itu tidak bermakna melenyapkan yang lama. Perubahan yang berlaku, dalam perkembangan modenisasi itu merupakan suatu proses yang berlaku bagi memperbaiki dan meningkatkan pencapaian peradaban manusia.


2.0       Permainan Tradisional iaitu Permainan Wau

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Penduduk di Terengganu turut serta bermain permainan ini dan merupakan permainan tradisional mereka sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


3.0       Permainan Sepak Raga.

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan sepak raga ini juga merupakan permainan tradisional bagi penduduk Terengganu. Kadangkala pertandingan sepak raga akan di adakan di kampung saya untuk mengeratkan lagi nilai tradisional antara penduduk dan hubunga silaturahim.

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw.

Permainan sepak takraw ini mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Permainan sepak takraw ini sangat popular di negeri perlis dan selalu dimainkan oleh generasi muda dan orang tua. Permainan sepak takraw sudah terknal di dunia dan telah dimainkan oleh seluruh Negara sekarang dan dipertandingkan dalam suka sea.


4.0       Adat yang diamalkan

Adat ialah suatu aturan atau cara hidup yang mengambarkan segala perbuatan yang dilakukan berpandukan musim mahupun tahun. Suatu perkara yang sinonim dengan adat ialah budaya yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat sejak turun temurun. Selain itu juga, segala kepercayaan yang diamalkan boleh juga diangap sebagai adat seperti percaya kepada setiap perkara yang dilakukan akan mendatangkan sesuatu kebaikan dan keburukan mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat. Adat dan budaya sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain dan menjadi simbol sesebuah masyarakat. Adat juga merupakan suatu ketetapan yang tidak boleh berubah dan boleh dikatakan adat adalah sebagai suatu budaya yang asal. Oleh itu, secara keseluruhanya ialah adat merupakan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Masyarakat Terengganu mengamalkan adat temenggung sejak turun temurun lagi. Adat temenggung yang diamalkan seperti adat mencukur bayi yang baru dilahirkan sehingga botak iaitu bertujuan untuk membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik konsep ini adalah berkaitan dengan islam yang mementingkan kebersihan. Selain itu, adat yang diamalkan adalah seperti adat membelah mulut terhadap bayi yang baru dilahirkan iaitu dengan melalukan manisan ke bibir bayi tersebut. Adat membelah mulut ini dilaksanakan oleh orang-orang yang alim ianya bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya setelah dewasa. Adat ini telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang merupakan abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih yang berasal dari Sumatera.


5.0       Kegiatan Ekonomi.


Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu aspek nilai dan norma masyarakat kerana ianya menjadi salah satu sumber perkembangan dan ketamadunan sesebuah masyarakat. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat menyebabkan berlakunya kemajuan dan peningkatan pembangunan di sesebuah kawasan. Secara kronologinya kegiatan ekonomi berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu daripada kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri kepada kegiatan ekonomi yang berunsurkan perniagaan seterusnya berkembang kepada kegiatan perindustrian.Masyarakat Terengganu kebanyakkannya menjalankan kegiatan ekonomi seperti nelayan, menjalankan kegiatan perniagaan, dan pada masa kini banyak juga masyarakat Terengganu bekerja di sektor kerajaan dan swasta.


6.0       Makanan Tradisi Negeri Terengganu

Makanan merupakan aspek yang penting dalam nilai tradisi sesebuah masyarakat, makanan tradisi setiap negeri adalah berbeza dan setiap negeri mempunyai makanan yang sangat menarik. Makanan di Negeri Terengganu mempunyai pelbagai makanan tradisinya tersendiri yang sangat sedap dan jarang-jarang dijumpai seperti kuih muih tradisional jala emas, sata, dan sebagainya. Makanan yang popular di Terengganu adalah seperti nasi dagang, keropok lekor, nganang, pulut pangang dan pelbagai makanan lain lagi.



Makanan tradisi di negeri Terengganu merupakan makanan yang berasakan masakan Melayu tradisi. makanan tradisi di Terengganu kebanyakkanya dihasilkan dengan menggunakan ikan kerana Terengganu terkenal dengan masyarakat yang menjalankan kegiatan nelayan ini. makanan yang berasaskan ikan seperti sata ikan, keropok lekor dan lain-lain lagi. makanan ini merupakan makanan yang selalu di makan oleh masyarakat Terengganu di waktu petang.


7.0       Pakaian dan Kraftangan Tradisional Terengganu


Negeri Terengganu terkenal dengan pelbagai kraftangan dan pakaiannya yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Kraftangan yang popular di Terengganu seperti alatan tembaga batik dan sebagainya. Pakaian batik Terengganu seni ukiranya sangat menarik dan halus seperti corak flora dan fauna yang diketengahkan. Songket juga menjadi kraftangan yang popular di Terengganu yang menjadi warisan negeri. Songket yang dihasilkan di negeri Terengganu adalah sangat menarik dan mempunyai keseniannya tersendiri. Songket di negeri Terengganu sering menjadi pilihan orang daripada negeri lain temaksudlah kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin Negara.


8.0       Kesimpulan

Kesimpulannya adalah nilai tradisional yang diamalkan oleh masyarakat negeri Terengganu adalah diamalkan sejak zaman dahulu lagi seperti permainan tradisional, kraftangan, dan budaya yang diamalkan. Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Terengganu adalah berbeza dengan masyarakat negeri lain dan mempunyai identitinya tersendiri. Nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat adalah penting kerana dengan adanya nilai dan norma dalam masyarakat sesebuah masyaralat dapat dikenalpasti melalui budaya dan adat mereka. Oleh hal yang demikian, nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat perlulah dipelihara supaya ianya tidak lapuk ditelan zaman.

Rujukan:

1.      1. A.Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia.
2       2. Http//wikipedia.org/Terengganu
3       3. Museum.Terengganu.gov.my
         4. Macionis, j.j. (2005). sociology. upper saddle river: pearson.



1 ulasan: