Sidang Sosial
Ahad, 25 Disember 2011
Sabtu, 17 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
Jumaat, 2 Disember 2011
126219 Mohd Syahir bin Hassan
Komuniti dari Sudut Nilai Tradisional dan Norma Masyaraka Negeri Terengganu.
1.0 Pendahluan
Nilai tradisional ialah sesuatu yang diamalkan secara turun-temurun seperti kesenian, kebudayaan, dan permainan tradisional. Nilai tradisional ini perlu dikekalkan agar ianya tidak dilupakan oleh generasi-generasi muda. Nilai tradisional ini juga melambangkan budaya sesuatu masyarakat dan menjadi identiti masyarakat tersebut. Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai sosial tradisi bermakna kita merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat, yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri Melayu itu. Nilai-nilai moden itu pula ialah kesan perubahan, bagi masyarakat menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun proses perubahan yang berlaku itu merupakan usaha penyesuaian antara yang lama dengan orang baru. Tetapi penerimaan sesuatu yang baru itu tidak bermakna melenyapkan yang lama. Perubahan yang berlaku, dalam perkembangan modenisasi itu merupakan suatu proses yang berlaku bagi memperbaiki dan meningkatkan pencapaian peradaban manusia.
2.0 Permainan Tradisional iaitu Permainan Wau
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Penduduk di Terengganu turut serta bermain permainan ini dan merupakan permainan tradisional mereka sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
3.0 Permainan Sepak Raga.
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan sepak raga ini juga merupakan permainan tradisional bagi penduduk Terengganu. Kadangkala pertandingan sepak raga akan di adakan di kampung saya untuk mengeratkan lagi nilai tradisional antara penduduk dan hubunga silaturahim.
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw.
Permainan sepak takraw ini mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Permainan sepak takraw ini sangat popular di negeri perlis dan selalu dimainkan oleh generasi muda dan orang tua. Permainan sepak takraw sudah terknal di dunia dan telah dimainkan oleh seluruh Negara sekarang dan dipertandingkan dalam suka sea.
4.0 Adat yang diamalkan
Adat ialah suatu aturan atau cara hidup yang mengambarkan segala perbuatan yang dilakukan berpandukan musim mahupun tahun. Suatu perkara yang sinonim dengan adat ialah budaya yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat sejak turun temurun. Selain itu juga, segala kepercayaan yang diamalkan boleh juga diangap sebagai adat seperti percaya kepada setiap perkara yang dilakukan akan mendatangkan sesuatu kebaikan dan keburukan mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat. Adat dan budaya sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain dan menjadi simbol sesebuah masyarakat. Adat juga merupakan suatu ketetapan yang tidak boleh berubah dan boleh dikatakan adat adalah sebagai suatu budaya yang asal. Oleh itu, secara keseluruhanya ialah adat merupakan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
Masyarakat Terengganu mengamalkan adat temenggung sejak turun temurun lagi. Adat temenggung yang diamalkan seperti adat mencukur bayi yang baru dilahirkan sehingga botak iaitu bertujuan untuk membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik konsep ini adalah berkaitan dengan islam yang mementingkan kebersihan. Selain itu, adat yang diamalkan adalah seperti adat membelah mulut terhadap bayi yang baru dilahirkan iaitu dengan melalukan manisan ke bibir bayi tersebut. Adat membelah mulut ini dilaksanakan oleh orang-orang yang alim ianya bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya setelah dewasa. Adat ini telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang merupakan abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih yang berasal dari Sumatera.
5.0 Kegiatan Ekonomi.
Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu aspek nilai dan norma masyarakat kerana ianya menjadi salah satu sumber perkembangan dan ketamadunan sesebuah masyarakat. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat menyebabkan berlakunya kemajuan dan peningkatan pembangunan di sesebuah kawasan. Secara kronologinya kegiatan ekonomi berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu daripada kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri kepada kegiatan ekonomi yang berunsurkan perniagaan seterusnya berkembang kepada kegiatan perindustrian.Masyarakat Terengganu kebanyakkannya menjalankan kegiatan ekonomi seperti nelayan, menjalankan kegiatan perniagaan, dan pada masa kini banyak juga masyarakat Terengganu bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
6.0 Makanan Tradisi Negeri Terengganu
Makanan merupakan aspek yang penting dalam nilai tradisi sesebuah masyarakat, makanan tradisi setiap negeri adalah berbeza dan setiap negeri mempunyai makanan yang sangat menarik. Makanan di Negeri Terengganu mempunyai pelbagai makanan tradisinya tersendiri yang sangat sedap dan jarang-jarang dijumpai seperti kuih muih tradisional jala emas, sata, dan sebagainya. Makanan yang popular di Terengganu adalah seperti nasi dagang, keropok lekor, nganang, pulut pangang dan pelbagai makanan lain lagi.
Makanan tradisi di negeri Terengganu merupakan makanan yang berasakan masakan Melayu tradisi. makanan tradisi di Terengganu kebanyakkanya dihasilkan dengan menggunakan ikan kerana Terengganu terkenal dengan masyarakat yang menjalankan kegiatan nelayan ini. makanan yang berasaskan ikan seperti sata ikan, keropok lekor dan lain-lain lagi. makanan ini merupakan makanan yang selalu di makan oleh masyarakat Terengganu di waktu petang.
Makanan tradisi di negeri Terengganu merupakan makanan yang berasakan masakan Melayu tradisi. makanan tradisi di Terengganu kebanyakkanya dihasilkan dengan menggunakan ikan kerana Terengganu terkenal dengan masyarakat yang menjalankan kegiatan nelayan ini. makanan yang berasaskan ikan seperti sata ikan, keropok lekor dan lain-lain lagi. makanan ini merupakan makanan yang selalu di makan oleh masyarakat Terengganu di waktu petang.
7.0 Pakaian dan Kraftangan Tradisional Terengganu
Negeri Terengganu terkenal dengan pelbagai kraftangan dan pakaiannya yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Kraftangan yang popular di Terengganu seperti alatan tembaga batik dan sebagainya. Pakaian batik Terengganu seni ukiranya sangat menarik dan halus seperti corak flora dan fauna yang diketengahkan. Songket juga menjadi kraftangan yang popular di Terengganu yang menjadi warisan negeri. Songket yang dihasilkan di negeri Terengganu adalah sangat menarik dan mempunyai keseniannya tersendiri. Songket di negeri Terengganu sering menjadi pilihan orang daripada negeri lain temaksudlah kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin Negara.
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya adalah nilai tradisional yang diamalkan oleh masyarakat negeri Terengganu adalah diamalkan sejak zaman dahulu lagi seperti permainan tradisional, kraftangan, dan budaya yang diamalkan. Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Terengganu adalah berbeza dengan masyarakat negeri lain dan mempunyai identitinya tersendiri. Nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat adalah penting kerana dengan adanya nilai dan norma dalam masyarakat sesebuah masyaralat dapat dikenalpasti melalui budaya dan adat mereka. Oleh hal yang demikian, nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat perlulah dipelihara supaya ianya tidak lapuk ditelan zaman.
Rujukan:
1. 1. A.Aziz
Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia.
2 2. Http//wikipedia.org/Terengganu
3 3. Museum.Terengganu.gov.my
4. Macionis, j.j. (2005). sociology. upper saddle river: pearson.
Ahad, 16 Oktober 2011
206036 Mohamad Akmal Bin Mohamed Mahfot
a
MASYARAKAT JAWA DI MALAYSIA RAMAI beranggapan masyarakat Jawa ini sama saja walau di mana saja mereka berada, biarpun hakikatnya kelompok ini terbahagi kepada beberapa etnik kecil yang menjurus kepada tanah asal mereka di Indonesia. Namun, pernahkah anda tahu mengenai kewujudan masyarakat Jawa Ponorogo di Malaysia? Mendengar namanya saja sudah pelik, apalagi penceritaan mengenainya sebegitu asing. Malah, dalam kalangan orang Jawa sendiri, khususnya generasi mudanya pun tidak mengenai kelompok Ponorogo itu.
Secara ringkas, Jawa Ponorogo adalah masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daerah Johor itu. Malah, mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal Jawa dibawa dari Indonesia.
Jawa Ponorogo berasal dari daerah di Jawa Timur iaitu Ponorogo dan kemasukan mereka ke sekitar Batu Pahat dan sebahagiannya di Selangor berlaku pada awal 1920 untuk memantapkan ekonomi mereka lantaran kesukaran membina kehidupan sempurna di tanah asal di Indonesia.
Kesempatan mendekati mereka di kawasan Sri Medan terutama di kampung Parit Warijo dan Parit Baru, menyerlahkan lagi realiti yang menampilkan kelainan sebagai penerus budaya Jawa asli dari Indonesia. Perbezaan yang ditampilkan pula bukan sekadar bahasa tetapi juga cara hidup serta wajah kampung itu sendiri.
Penulis sendiri terpegun seketika melihat persekitaran ketika melintasi jalan Parit Warijo ke rumah Ketua Kampung, Sukadi Kusmadi, baru-baru ini. Di kiri kanan jalan, kami dihidangkan pemandangan rumah besar berhalaman luas dan bersih dikelilingi pokok kelapa sawit yang tersusun kemas. Bukannya tiada kampung lain sebersih itu tetapi pemandangan kali ini mengagumkan penulis kerana selain kebanyakan rumahnya ibarat banglo mewah, halamannya juga luas yang boleh memuatkan lebih 10 kereta sekali gus.
Biarpun dikelilingi pokok kelapa sawit, persekitarannya sentiasa bersih yang menjadi antara keunikan cara hidup atau budaya Jawa Ponorogo dan bukan Jawa lain secara umumnya.
Malah Jawa Ponorogo juga unik kerana banyak perbezaan dengan Jawa lainnya termasuk aspek bahasa dan budaya berikutan asal usul mereka dari Jawa Timur di Kepulauan Jawa.
Ramai warga tuanya juga mahir berbahasa Jawa Ponorogo halus.
Keunikan lain mereka ialah sikap lemah lembut dan berbudi bahasa dalam kebanyakan urusan. Tidak sah bertandang tanpa hidangan sekurang-kurangnya air kosong. Seperti peringatan rakan Jawa lain yang mengetahui misi Misteri Etnik mendekati masyarakat itu kali ini, jangan sekali-kali menolak hidangan jika berkunjung ke rumah orang Jawa terutama Ponorogo kerana budaya mereka memastikan tetamu tidak pulang tanpa tekak dibasahkan dulu.
Merujuk sejarah kedatangan mereka, meskipun merantau ke bumi orang dalam keadaan daif dan hanya berbekalkan kemahiran bertani, masyarakat itu berjaya membina kehidupan baik dengan kebanyakan keluarga memiliki tanah luas mencecah belasan ekar dengan pelbagai tanaman seperti kelapa sawit dan getah.
Ia berkait rapat sifat berani meneroka kawasan baru serta rajin. Selain paparan keadaan rumah mereka yang mewah, masyarakat ini juga tebal tradisi mencari rezeki untuk diwarisi turun temurun. Lantaran itulah, meskipun Sri Medan sinonim dengan banjir selama ini, ia mampu dibangunkan dengan baik sampai sekarang atas kemahuan orang Jawa Ponorogo yang membina kehidupan lebih selesa untuk kesenangan anak cucu.
Masyarakat Jawa Ponorogo juga memiliki keteguhan mempertahankan budaya tersendiri kerana sudah menjadi tradisi di Ponorogo, Indonesia, satu pesta kebudayaan ‘Reyog’ terus diadakan setiap tahun.
Ia turut menjadi tunjang kepada keturunan Jawa Ponorogo di negara ini untuk terus mempraktikkan banyak aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kuda kepang, barongan, wayang kulit dan permainan muzik gamelan. Lebih ketara, perhubungan berterusan masyarakat itu dengan keluarga asal di Ponorogo, membolehkan budaya itu dikekalkan.
Kebetulan, ketika tugasan Misteri Etnik ini dijalankan, ramai masyarakat di Parit Warijo berkunjung ke Ponorogo kerana di sana bakal diadakan pesta Reyog yang kebiasaannya menjadi keramaian terbesar setiap kali tiba Awal Muharam.
Kelebihan mereka juga terletak kepada darah pahlawan yang menebal dalam diri mereka, terutama jika merujuk sejarah mereka dalam perkembangan Islam dan tuntutan kemerdekaan daripada kerajaan Majapahit. Jawa Ponorogo ini turut dikenali pejuang ‘Warok’ yang diabadikan sebagai tugu besar di daerah itu di Indonesia.
Darah kepahlawanan dan keberanian itulah mendorong mereka untuk membina penempatan di kebanyakan kawasan di Batu Pahat. Malah, di Sri Medan sendiri, boleh dikatakan 80 peratus penduduknya berdarah Ponorogo selain etnik Jawa lain, Banjar dan masyarakat Cina yang bergelar minoriti di situ.
Status diri sebagai ‘orang kaya’ juga sesuai bagi menggambarkan cara hidup mereka. Difahamkan, tidak banyak kenderaan awam yang sanggup memasuki kawasan itu kerana sukar mendapat penumpang lantaran setiap isi rumah memiliki kereta sendiri, termasuk berkereta mewah.
Jika adapun, mungkin sekali bagi setiap dua ke tiga jam, kelihatan kelibat bas awam, itupun tidak ramai penumpang. Kemewahan masyarakat itu mungkin didorong keupayaan mengusahakan sektor pertanian dan perladangan. Difahamkan juga, ekonomi rumah tangga turut dibantu hasil usaha golongan wanitanya yang mahir mengusahakan pelbagai kerja tangan.
Biarpun kaya atau berkemampuan, mereka tidak lekang sikap ramah, merendah diri serta budi bahasa tinggi yang menarik hati penulis. Tidak hairanlah kerap juga program anak angkat diadakan di situ kerana mudah mendapat kerjasama keluarga yang sudi menerima tetamu.
Mereka juga dikatakan golongan kuat beribadat dan hebat berdakwah, termasuk penggunaan pentas wayang kulit sebagai saluran utamanya. Malah, ia menjadi alat utama pada zaman wali kesembilan di Jawa ketika penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Jawa Hindu.
Namun, disebabkan Indonesia secara umumnya dan Kepulauan Jawa pada dulunya dimonopoli agama Hindu, ia sedikit sebanyak mempengaruhi budaya masyarakat Jawa termasuk Ponorogo, terutama struktur rumah.
Kebanyakan, malah mungkin semua rumah asal Jawa Ponorogo mempunyai ruang di tengah dinding berlubang dengan satu kayu setinggi paras betis di bawahnya dikenali sebagai ‘Undak Undaan’. Ia sebenarnya digunakan oleh masyarakat dulu untuk meletak kemenyan dan kelapa, kononnya untuk meraikan sesuatu. Ia nyata pengaruh Hindu yang dibawa mereka, namun sudah diketepikan kini.
Khamis, 13 Oktober 2011
127148 Muhamad Tarmizi Bin Rozlan
Ulama terengganu
Pengenalan
Tarikh
sebenar kemasukan islam di terengganu tidak begitu jelas kerana tidak terdapat
catatan yang jelas memperihalkan peristiwa seumpama itu. Berasaskan penemuan
batu bersurat di kuala berang yang mencatatkan tarikh pada jumaat 4hb, rejab
702 (22 Feb 1303) kita boleh mengadaikan bahawa islam sudah sedia berkembang di
terengganu pada kurun ke 14 atau sebelumnya, dan berdasarkan catatan luar kita
boleh mempercayai bahawa terengganu
telah pun muncul sebagai pusat kehidupan yang didatangi oleh pedagang-pedagang,
di samping menjadi tumpuan oleh pendakwah-pendakwah, dalam dan luar negeri.
Dalam hal ini, satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan ialah penglibatan
para ulama untuk menyebarkan agama islam supaya agama islam tertegaknya di bumi
terengganu darul iman dan lebih dikenali sebagai “tanah jawi”.
Tok ku Paloh ulama besar Terengganu
Ulama
Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh
Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat
ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan
Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka
menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui
Tokku Paloh.
Baginda
menyebut, "Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya
terlebih dulu," yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang
yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Walaupun dikenali sebagai
ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan
diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.
Tokku
Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu
mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad
al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan
sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya
dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus
mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu
sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku
Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan
sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut
mengamal serta mengembangkan amalan
Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan
Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan
Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa
daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.
Tokku
Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100
tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November
1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah
Terengganu pada 24 Mei 1919.
2
Syeikh Abdul
Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu
Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal
dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya
sendiri.
Beliau
mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang
telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam
Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan
pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah
wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan
etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.
Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar
pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Syeikh
Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada
selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh
Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga
dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara
keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut.
Dalam
penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa
berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan
pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau
Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar
dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam
Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi
Usuluddin dan Fekah.
Syeikh Abdul
Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu
pada tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.
3
Haji
mat shafie dan pengajian pondok di losong
Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin 1862-1945 atau
nama penuhnya Haji Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin merupakan salah seorang
daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di
nusantara. Di Terengganu didikan Pondok yang terkenal sebagai Pondok Losong
Haji Mohd Shafie (Hj Mohd Shafie Losong adalah cucu kepada Tok Subuh Abdul
Rahman) dia berhijrah ke Terengganu untuk belajar dari Tokku Paloh (Syed Abdul
Rahman Al-Idrus) dan terus berumahtangga dan membuka pengajian pondok di
Losong, Kuala Terengganu. Kampung tersebut dikenali sebagai Losong Haji Mohd Shafie
sehingga sekarang.
Hj Mohd Shafie hidup sezaman dengan Tok Kenali
Kelantan. Tok Kenali pernah berkata: "Tidak ada orang lain (di zaman
itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Hj Mohd Shafie Losong"
Hj Mohd Shafie Losong terkenal sebagai ulama yang
sangat warak dan penuh dengan kekeramatan. Sewaktu Terengganu dilanda kemarau
pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada
beliau di mana tempat yang perlu digali perigi kerana tempat yang
ditunjukinya biasanya akan mempunyai air.
Antara muridnya
Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal
Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu.
Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah
Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi
kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS,
Ustaz Abdul Wahab Yunus.
Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi
mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar
belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada
1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji
Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.
Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong
untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu 1914.
4
Syeikh
Abdul Qadir Bukit Bayas
Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas ulama paling berpengaruh di Terengganu tidak dapat dinafikan bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `sayid'. Di antara ulama yang paling besar pengaruhnya di Terengganu ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau SyeikhAbdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.
Pendidikan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim mendapat pendidikan asas di beberapa pondok pengajian di Patani. Walaupun ditinjau dari segi pangkat, nasab beliau adalah peringkat datuk saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, namun ditinjau dari segi umur pula Abdul Qadir lebih muda daripada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut riwayat, Abdul Qadir dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah sama-sama belajar dalam sebuah pondok, sama ada di pondok Kuala Bekah (Patani) mahu pun di pondok-pondok lainnya. Bahkan pernah sama-sama belajar di Mekah.
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim mendapat pendidikan asas di beberapa pondok pengajian di Patani. Walaupun ditinjau dari segi pangkat, nasab beliau adalah peringkat datuk saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, namun ditinjau dari segi umur pula Abdul Qadir lebih muda daripada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut riwayat, Abdul Qadir dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah sama-sama belajar dalam sebuah pondok, sama ada di pondok Kuala Bekah (Patani) mahu pun di pondok-pondok lainnya. Bahkan pernah sama-sama belajar di Mekah.
Dalam riwayat yang lain pula menyebut bahawa Syeikh Abdul
Qadir pernah belajar kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Jadi beliau
termasuk peringkat murid kepada Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Ketika beliau
melanjutkan pelajaran ke Mekah, beliau berguru kepada Syeikh Muhammad Shalih
bin Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin
Aceh. Kepada ulama-ulama Arab pula beliau belajar di antaranya kepada Syeikh
Muhammad Shalih bin Ibrahim, Mufti Syafi'ie di Mekah, Syeikh Ahmad al-Marzuqi
dan lain-lain. Setelah memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di
Mekah dan Madinah, beliau turun ke Jawi. Pertama kali ke sana beliau tidak
langsung ke negeri asalnya Patani, tetapi beliau ke Pulau Duyung, Terengganu.
Langkah itu diambilnya kerana di Pulau Duyung Kecil, Terengganu itu ahli
keluarganya lebih ramai dan lebih dekat daripada di Patani sendiri. Di Pulau
Duyung Kecil, Terengganu beliau memulakan aktivitinya sebagai seorang ulama.
Dipercayai beliau datang ke Pulau Duyung kali kedua ini sekitar tahun 1830an M. Ketika itu beliau mulai mengajar di Kampung Paya Bunga, Duyung. Syeikh Abdul Qadir mendirikan sebuah mesjid di Bukit Bayas. Di kedua-dua tempat itu beliau membina pengajian pondok menurut tradisi di Patani. Kemudian oleh sebab beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas, maka terkenallah namanya kemudian hari dengan gelaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, pengganti kepada nama terkenal sebelumnya iaitu gelaran Syeikh Abdul Qadir Duyung (Tok Duyung sahaja).
Dipercayai beliau datang ke Pulau Duyung kali kedua ini sekitar tahun 1830an M. Ketika itu beliau mulai mengajar di Kampung Paya Bunga, Duyung. Syeikh Abdul Qadir mendirikan sebuah mesjid di Bukit Bayas. Di kedua-dua tempat itu beliau membina pengajian pondok menurut tradisi di Patani. Kemudian oleh sebab beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas, maka terkenallah namanya kemudian hari dengan gelaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, pengganti kepada nama terkenal sebelumnya iaitu gelaran Syeikh Abdul Qadir Duyung (Tok Duyung sahaja).
Syeikh
Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani Bukit Bayas, Terengganu wafat dalam
tahun 1864 M di Kampung Paya Bunga, Terengganu. Riwayat lain menyebut beliau
wafat di Bukit Bayas, Terengganu.
Tok
Syeikh Duyung
Makam tok syeikh duyong
Wan
Abdullah bin Wan Muhammad Amin (Tok Syeikh Duyung) seperti ulama-ulama Patani
lain tetap mengajar dua jenis kitab, iaitu yang berbahasa Melayu dan berbahasa
Arab. Kitab-kitab bahasa Melayu yang diajarkan diutamakan karangan gurunya,
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kitab-kitab bahasa Arab yang diajarkan
adalah karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai disiplin ilmu. Yang
paling diutamakan dalam tasawuf ialah Ihya’ ‘Ulumid Din oleh Imam al-Ghazali.
Di
antara murid Tok Syeikh Duyung yang menjadi ulama besar lagi terkenal ialah
Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Tukku Paloh dan Haji Wan Muhammad (anak
beliau sendiri) yang pernah menjadi Mufti Terengganu setelah Tok Syeikh Duyung
wafat. Di kalangan Sultan Terengganu yang pernah menjadi murid Tok Syeikh
Duyung ialah Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III.
Daripada
riwayat itu, dapat disimpulkan bagaimana bijaknya seorang ulama menangani
sesuatu isu yang besar sehingga seseorang sultan dapat menerima buah fikirannya
seterusnya peperangan terhenti dan perdamaian diperoleh.
Riwayat
itu pula adalah bukti iaitu Sultan Terengganu mahupun Sultan Kelantan ketika
itu terpaksa akur dan patuh atas besarnya kewibawaan seorang ulama yang
bergelar Tok Syeikh Duyung. Riwayat ini pula adalah sebagai bukti karamah Tok
Syeikh Duyung. Menurut cerita, sesiapa sahaja yang berjumpa dengan beliau, sama
ada disengaja ataupun tidak, akan terpahat pada hati memandang beliau sebagai
seorang yang sangat hebat.
Tok Syeikh Duyung selain berwibawa dan
dihormati oleh Sultan Omar (Sultan Terengganu) dan
Sultan Kelantan, beliau sangat berkesan pada hati seorang muridnya yang menjadi
Sultan Terengganu berikutnya, iaitu Sultan Zainal Abidin III. Tok Syeikh Duyung
pula sangat kasih kepada muridnya itu sama ada sebelum menjadi sultan mahupun
sesudahnya.
Tambatan
kasih sayang daripada guru kepada murid atau sebaliknya daripada murid kepada
guru dalam istilah tasawuf dinamakan dengan ‘rabithah’. Rabithah yang
dimaksudkan telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. terhadap para sahabatnya
dan sebaliknya.
Sembahyang
hajat.
surau tok syeikh duyong
Maksud
perkataan Saidina Abu Bakar as-Siddiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.: “Aku kasih
dalam dunia tiga perkara, duduk bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w.,
membelanjakan hartaku untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan mengucapkan selawat atas
Nabi Muhammad s.a.w.”
Oleh
itu sewaktu pertabalan Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan Terengganu pada
18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung telah melakukan sembahyang hajat dengan doa
yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua
rakyat dan kerajaan yang di bawah pemerintahan baginda.
Sesuatu
pemerintahan Islam akan selamat apabila penguasa tertingginya dapat bekerjasama
dengan ulama. Ulama yang membawa selamat dan berkat ialah ulama yang dapat
memberi nasihat kepada pemerintah, berani berkata benar walaupun terhadap
penguasa yang zalim.
Sesuatu
pemerintahan Islam dan rakyat akan binasa apabila para ulamanya tidak berani
memberi nasihat yang benar kepada pemerintah. Sesuatu pemerintahan Islam akan
lebih binasa apabila pemerintahnya memusuhi ulama yang berani berkata benar
seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
kesimpulan
Pokok pangkalnya realiti semasa yang dihadapi oleh ulama tidak sama dengan realiti lepas, masyarakat hari ini bukan masyarakat simple kurun ke-18 atau ke-19 atau awl abab ke-20. seperti yang ditekankan oleh seorang cendikiawan islam ulama perlu bangkit dalam bentuk baharu memandangkan persekitaran yang sudah berubah dan dalam masa yang sama mengekalkan fungsi tradisi mereka sebagai pemengang amanah ALLAH. Hal ini kerana pengetahuan ulama ketika ini diperlukan bagi menangani masalah persoalan yang semakin mencabar pada masa ini. Justeru itu jelaslah sedikit sebanyak perihal tokoh yang dianggap berwibawa di Terengganu pada masa ketika dulu dan jasa ilmu yang diberikan diingati sampai bila-bila.semoga Negeri Terengganu Darul Iman dibawah kepimpinan islam dan diRahmati oleh ALLAH S.W.T.
ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
Amin.
Rujukan :
Muhammad Abu Bakar, 1991 "Ulama Terengganu satu sorotan" Jawatankuasa koleksi Terengganu dan Utusan Publications.
Muhamad Saleh Haji Awang, 1975 "Sejarah Darul Iman hingga 1337h-1918h" Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Isnin, 10 Oktober 2011
125 Wan Ab Rahman Khudzri
Changloon
Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor Star. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).
Langgan:
Catatan (Atom)